BISNES

AstroBiz: Astro BizOne hidupkan suasana di Bangi Square 3

Malekah Aisyah 27/09/2025 | 05:10 MYT
Zaitulhuzaimah (gambar) menganggap Pakej AstroBiz sebagai medium yang sangat membantu perniagaannya untuk terus kekal relevan dan digemari ramai. - Foto Astro
BANGI: Makanan sedap, pilihan melimpah dan hiburan tanpa had.


Ringkasan AI
  • Makanan sedap, pilihan melimpah dan hiburan tanpa had. Itulah daya tarikan Bangi Square 3, yang kini semakin meriah dengan langganan pakej Astro BizOne.
  • Pengasasnya, Datin Zaitulhuzaimah Zainal Abidin, berkata kejayaan memenangi kempen Astro BizOne Rewards bukan sahaja meluaskan jenama perniagaannya melalui liputan khas di platform Astro, malah menjadi pengiktirafan penting buat cawangan yang baru beroperasi selama lima bulan.
  • Menurutnya, pakej Astro BizOne yang dilanggan menjadi antara tarikan utama medan selera itu, yang menempatkan lebih 40 gerai dan menawarkan lebih 1,000 juadah makanan kepada pengunjung.


Itulah daya tarikan Bangi Square 3, yang kini semakin meriah dengan langganan pakej Astro BizOne.

Pengasasnya, Datin Zaitulhuzaimah Zainal Abidin berkata, kejayaan memenangi kempen Astro BizOne Rewards bukan sahaja meluaskan jenama perniagaannya melalui liputan khas di platform Astro, malah menjadi pengiktirafan penting buat cawangan yang baru beroperasi selama lima bulan.

 Bangi Square 3 kekal meriah sehingga lewat malam dan menjadi tempat pilihan pelbagai lapisan masyarakat. - Foto Astro


Menurutnya, pakej Astro BizOne yang dilanggan menjadi antara tarikan utama medan selera itu, yang menempatkan lebih 40 gerai dan menawarkan lebih 1,000 juadah makanan kepada pengunjung.

“Ini adalah perniagaan keluarga, kami ada tiga outlet dan telah beroperasi selama kira-kira sembilan tahun. Cawangan di Bangi ni yang ketiga dan baru beroperasi lima bulan.

“Saya memang asalnya seorang peniaga, dah lama dalam bidang F&B, jadi saya terfikir kenapa tidak buka satu tempat iaitu food court (medan selera) sebab ia menjadi trend sekarang untuk orang datang makan beramai-ramai di bawah satu bumbung yang lengkap dengan pelbagai makanan serta hiburan,” katanya ketika ditemu bual di Bangi Square 3, di sini.

Beliau turut memuji inisiatif AstroBiz menerusi kempen Astro BizOne Rewards dan menyarankan pemilik perniagaan makanan dan minuman lain untuk melanggan pakej ini.

“Dengan BizOne yang ada pelbagai segmen dalam saluran Astro, jadi ia menjadi tarikan buat pelanggan untuk lebih ramai datang ke sini.

“Mereka rasa seronok sebab di bawah satu bumbung ini sambil makan boleh layan bola ataupun rancangan hiburan lain daripada Astro.

“Pelanggan mulai ramai, daripada yang tak mengenali Bangi Square pun dah mula kenal.

Bangi Square 3 dibanjiri lebih 40 gerai menawarkan pelbagai sajian lokal dan barat bagi memenuhi permintaan pelanggan. - Foto Astro


Suasana di Bangi Square 3 turut menjadi lebih hidup apabila orang ramai hadir menonton perlawanan sukan secara langsung beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai.

“Dekat sini juga, apa yang menarik selain makanan dan hiburan, pelanggan juga tidak perlu risau tentang lokasi yang luas dengan tempat parkir kereta yang banyak.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Astro di atas inisiatif ini, ia sangat membantu kami sebagai pengasas makanan untuk meluaskan lagi jenama kami,” tambahnya.

Kempen Astro BizOne Rewards menawarkan promosi eksklusif untuk outlet makanan dan minuman (F&B) yang melanggan pakej Astro BizOne.

Sertai Kempen Astro BizOne Rewards sekarang sebelum tarikh tutup pada 17 Oktober 2025. - Foto Astro


Penyertaan dibuka sehingga 17 Oktober 2025 jadi jangan lepaskan peluang anda untuk gandakan lagi potensi bisnes.

Untuk maklumat lanjut, layari biz.astro.com.my .



#AstroBIZ #BizOne Rewards #Bangi Square 3 #makanan dan minuman #perlawanan bola