BISNES

AstroBiz: Astro BizOne nadi kejayaan Uncle Don’s Puchong

Malekah Aisyah 26/09/2025 | 06:20 MYT
Ravindran (gambar) mengesyorkan Pakej Astro BizOne kepada pemilik perniagaan makanan dan minuman (F&B) di luar sana sebagai salah satu daya tarikan hiburan yang mudah dan berkualiti tinggi. -Foto Astro AWANI
PUCHONG: Kurang sebulan sebelum kempen Astro BizOne Rewards melabuhkan tirai, salah satu pemenang bertuah, Uncle Don’s IOI Boulevard Puchong, berkongsi bagaimana langganan pakej Astro BizOne menjadi nadi kepada kejayaan restorannya.


Ringkasan AI
  • Uncle Dons IOI Boulevard Puchong berjaya tarik pelanggan melalui langganan Astro BizOne yang sediakan hiburan sukan langsung seperti badminton, bola sepak dan kriket
  • Astro BizOne bantu promosi dan penjenamaan restoran, menarik pelanggan dari luar kawasan seperti Subang Jaya dan Seri Kembangan
  • Kempen Astro BizOne Rewards beri peluang kepada outlet F&B untuk tingkatkan jenama melalui liputan khas dan pengiklanan di platform Astro, dengan tarikh tutup penyertaan pada 17 Oktober 2025


Pengurus restoran, Ravindran, mengakui Astro BizOne bukan sekadar platform hiburan, tetapi pemangkin yang menarik lebih ramai pelanggan ke outlet tersebut.

Baru setahun mengambil alih francais Uncle Don’s Puchong, Ravindran mahu tampil berbeza dengan melanggan Astro BizOne yang ternyata membuahkan hasil.

“Saya baru mengambil alih francais ini selama setahun, dan saya dapat panggilan daripada customer service (perkhidmatan pelanggan) Astro tentang Pakej Astro BizOne.

“Saya kata 'kenapa tidak kita cuba, kan?' Jadi saya ingin membawa perubahan dengan menyediakan pakej ini kepada pelanggan.

Uncle Don’s IOI Boulevard, Puchong. - Foto Astro


“Di Uncle Don’s, kebanyakan customer datang untuk tonton sports (sukan), badminton, live games (perlawanan langsung).

"Boleh dikatakan tiap-tiap hari, tiap-tiap minggu ada badminton di mana pelanggan saya boleh menonton bukan sahaja pada waktu malam, waktu tengah hari ataupun petang juga.

“Sama juga dengan perlawanan bola sepak bukan sahaja English Premier League, tetapi Liga Malaysia dan boleh dikatakan customers (pelanggan) daripada overseas (luar negara) datang ke sini untuk tonton perlawanan kriket secara langsung dari India, di mana kita boleh tonton di AstroBiz.

"Memang boleh dikatakan AstroBiz is good, bagus,” katanya ketika ditemu bual di Uncle Don’s, di sini.

Menurut Ravindran, pelanggan bukan sahaja datang kerana makanan fusion barat yang disajikan, tetapi juga suasana mesra keluarga yang diperkaya dengan hiburan berkualiti Astro.

“Promosi dan penjenamaan daripada Astro ini sangat besar sebenarnya kesan dan jenama Uncle Don kerana ia bukan sahaja memperkenalkan nama kita kepada lebih ramai customer (pelanggan) di luar sana.

“Malah menarik lebih ramai pelanggan dari luar Puchong, boleh katakan dari Jalan Klang Lama, dari Seri Kembangan, dari Subang Jaya juga datang ke sini untuk support (sokong) kita.

 Antara hidangan istimewa yang menjadi kegemaran ramai di Uncle Don’s IOI Boulevard, Puchong. - Foto Astro


“Selain itu, apa yang menarik makanan fusion barat kita. Di sini yang paling digemari ramai ialah kita punya Nachos, Chicken Chop, Pasta dan sebagainya.

“Untuk pelanggan yang datang dalam kumpulan, kita punya special platter sesuai untuk dipesan,” tambahnya.

Selepas diumumkan sebagai pemenang kempen, Ravindran yakin Uncle Don’s Puchong kini berada di landasan yang tepat dalam menyeimbangkan makanan, suasana dan hiburan.

Kempen Astro BizOne Rewards menawarkan promosi eksklusif untuk outlet makanan dan minuman (F&B) yang melanggan pakej Astro BizOne.

AstroBiz bukan sahaja menyediakan rancangan hiburan tanpa henti, malah, memberi peluang kepada pemilik perniagaan makanan dan minuman (F&B) memperkukuhkan lagi jenama dengan liputan khas dan pengiklanan menerusi pelbagai platform Astro. - Foto Astro


Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan sertai Astro BizOne Rewards sebelum tarikh tutup pada 17 Oktober 2025.

Maklumat lanjut di biz.astro.com.my.





#AstroBIZ #Astro BizONE Rewards #makanan dan minuman #Uncle Don's #IOI Boulevard Puchong