SARA 2025: Semakan Kelayakan Dibuka – RM100 Dikredit Terus ke MyKad
BISNES

AstroBIZ: Chica Bonita semarak suasana sukan dan hidangan Mexico di Elmina

Amzar Alif 21/08/2025 | 10:12 MYT
Chica Bonita yang terletak di Elmina Lakeside Mall tampil dengan rekaan seni bina berinspirasikan budaya Mexico, menarik perhatian pengunjung dengan suasana unik dan berwarna-warni. - Gambar AstroBIZ
SHAH ALAM: Restoran bertemakan Mexico, Chica Bonita di Elmina Lakeside Mall terus mencuri tumpuan dalam kalangan pengunjung yang menginginkan pengalaman menjamu selera dalam suasana unik dan penuh gaya.

Menampilkan gabungan cita rasa autentik serta tayangan langsung pelbagai acara sukan popular menerusi Astro, premis ini semakin menjadi pilihan ramai khususnya golongan keluarga.

Pengurus Chica Bonita, Kamal Segaran berkata, kekuatan utama restoran berkenaan terletak pada hubungan erat yang dibina antara masyarakat dan elemen makanan, dihias dengan suasana ala-ala Mexico yang segar dan mesra pelanggan.

“Semuanya bermula daripada hubungan masyarakat dengan makanan yang disediakan di restoran ini ala-ala tradisional Mexico yang kita bawa ke meja untuk tatapan ramai,” katanya.

Beliau berkata, antara menu ikonik yang ditawarkan termasuk Labomba Nachos, Fajita Polo Ayam atau Daging, Quesadillas, serta pencuci mulut seperti Seezling Brownie.

Selain itu, restoran berkenaan turut menekankan pendekatan Muslim-friendly agar lebih inklusif dan sesuai dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

“Istimewanya kita ada Labomba Nachos, Fajita Polo Ayam Daging dan we are Muslim-friendly,” ujarnya lagi.

Tambahnya, tayangan acara sukan secara langsung di Astro seperti Liga Perdana Inggeris (EPL), Formula 1, ragbi dan kriket memberi nilai tambah kepada pengalaman pelanggan.

Malah, impaknya turut dirasai dari segi peningkatan kunjungan dan pendapatan restoran.

xxx


“Untuk meluaskan bisnes anda, saya rasa untuk tawar pelanggan rancangan TV seperti sukan ini, pilihlah Astro BIZ. Jadi, impaknya besar dari segi hasil dan pelanggan juga berpuas hati,” katanya.

Chica Bonita menyediakan pilihan ruang makan di dalam dan luar premis, menjadikannya lokasi ideal bagi pelanggan yang datang bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

AstroBIZ: Chica Bonita semarak suasana sukan dan makanan Mexico


Suasana tenang di sekitar Elmina Lakeside turut menjadi pelengkap kepada pengalaman pengunjung.

Menurut seorang pelanggan, Wan Sharizman Wan Jaafar, faktor persekitaran dan fleksibiliti ruang memberi kelebihan tersendiri kepada restoran berkenaan.

“Kalau datang ke Elmina Lakeside ini, anda boleh nikmati suasana yang tenang, dengan pilihan tempat duduk dalam dan luar. Ia memang sesuai untuk keluarga,” katanya.

Seorang lagi pelanggan, Nur Arissa, menyatakan kepuasan terhadap kualiti makanan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

“Saya suka datang makan di sini kerana makanannya sedap, dekorasinya cantik, suasananya selesa dan perkhidmatannya pun baik,” katanya ringkas.

xxx


Chica Bonita kini merupakan antara lebih 80 premis perniagaan makanan dan minuman (F&B) yang telah menerima pengiktirafan di bawah kempen Astro BizOne Rewards iaitu satu inisiatif oleh Astro yang memberi sokongan pemasaran berimpak tinggi kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Melalui kempen ini, pemilik premis bukan sahaja menerima liputan TV dan promosi jenama secara menyeluruh, malah diberi peluang meningkatkan keterlihatan jenama menerusi pelbagai platform media Astro yang luas dan menyeluruh.

Kempen yang sedang berlangsung sehingga Oktober 2025 ini menyasarkan 200 premis F&B terbaik yang mendaftar, memperbaharui atau menaik taraf langganan Astro BizOne TV Pack.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh melayari biz.astro.com.my.


#AstroBIZ #Chica Bonita #citarasa mexico #langganan sukan Astro