BISNES

AstroBIZ: Chica Bonita tonjol budaya Mexico dengan cita rasa dan suasana unik

Astro Awani 09/07/2025 | 14:23 MYT
Pengurus Operasi Chica Bonita, Ashwini berkongsi inspirasi di sebalik hidangan dan konsep unik restoran yang mengetengahkan budaya Mexico. - Gambar AstroBIZ
KUALA LUMPUR: Restoran berkonsepkan budaya Mexico, Chica Bonita di Republik Damansara menawarkan pengalaman menjamu selera yang unik, lengkap dengan cita rasa asli, suasana santai dan hiburan langsung yang menjadi daya tarikan pelanggan setia.

Menurut Pengurus Operasi Chica Bonita, Ashwini, penubuhan restoran tersebut diinspirasikan daripada keinginan untuk menghimpunkan komuniti melalui makanan dan suasana yang meraikan budaya ‘Day of the Dead’ dari Mexico.

“Kami mahukan sebuah tempat yang santai untuk mengumpulkan orang ramai, menikmati makanan hebat kami dan meraikan budaya Mexico,” katanya kepada Astro AWANI.

Antara menu popular yang ditawarkan termasuk La Bomba Nachos, Sizzling Fajita, dan Sizzling Brownies, yang bukan sahaja menonjol dari segi rasa, malah dari segi penyampaian visual yang menarik untuk perkongsian media sosial.

“Semua hidangan ini sedap, menarik perhatian dan sesuai untuk media sosial,” jelasnya.

Tambahnya, majoriti pelanggan yang datang bukan sekadar menikmati makanan, tetapi juga kerana suasana yang disediakan termasuk siaran langsung sukan yang menjadi tarikan utama, terutamanya pada hujung minggu dan musim perlawanan besar.

“Kebanyakan tetamu datang ke sini untuk tonton siaran langsung sukan, dan mereka kembali semula kerana suasananya yang meriah dan menyeronokkan,” katanya.

xxx


Chica Bonita kini mempunyai lima cawangan di sekitar Lembah Klang, termasuk di Publika, Republik Damansara, TRX, KL East Mall, dan Elmina.

Jelas Ashwini, setiap cawangan mengekalkan konsep dan pengalaman makan yang sama untuk memastikan konsistensi jenama.

Katanya lagi, sokongan daripada komuniti tempatan amat memberangsangkan, malah terdapat pelanggan setia yang masih berkunjung sejak hari pertama restoran itu dibuka.

Bagi pengunjung tetap, Safrina, pengalaman makan di Chica Bonita sukar ditandingi kerana gabungan suasana dan kualiti makanan yang memenuhi pelbagai keinginan termasuk hidangan berat untuk dikongsi seperti quesadilla daging.

“Saya memang suka makanan Mexico. Selalunya susah nak cari tempat yang sesuai untuk lepak dengan kawan sambil nikmati makanan Mexico, sebab selalunya ada pro dan kontra. Tapi di sini, semuanya ada,” katanya.

Safrina turut berkongsi bahawa kali pertama beliau mengunjungi Chica Bonita kira-kira dua tahun lalu, tertarik dengan rekaan dinding artistik bertemakan budaya Mexico yang menyerlahkan identiti restoran berkenaan.

“Saya tidak tahu di sini hidang makanan Mexico pada mulanya. Tetapi bila lihat lukisan estetik, terus rasa nak cuba. Sekarang bila datang balik, memang rasa lain macam rasa selesa dan seronok,” katanya.

xxx


Chica Bonita terpilih sebagai salah satu pemenang kempen Astro BizOne Rewards sebagai ganjaran promosi untuk pelanggan F&B yang melanggan pakej BizOne.

Sertai Astro BizOne Rewards hari ini dan gandakan potensi bisnes anda ke peringkat seterusnya.



#Chica Bonita #Astro BizOne #Astro BizONE Rewards #citarasa mexico