BISNES
AstroBiz: Erfan Food Corner berkembang, tontonan Astro tarik pelanggan
Mohamad Erfan bersama hidangan 'signature' restoran yang menjadi tarikan pelanggan, termasuk ayam bawang ‘surrr’. - Gambar AstroBiz
KUALA LUMPUR: Erfan Food Corner terus muncul sebagai port lepak pilihan ramai apabila berjaya menggabungkan sajian autentik dengan pengalaman tontonan sukan yang meriah setiap malam.
Dibuka pada 2018, restoran yang diusahakan oleh keluarga ini mencatat pertumbuhan pelanggan yang ketara, didorong oleh siaran sukan Astro yang menjadi tarikan utama, khususnya pada hari perlawanan bola sepak.
Kini, Erfan Food Corner beroperasi di tiga cawangan iaitu di Taman OUG Park Lane, Seri Kembangan dan Kelana Jaya. Menu istimewa seperti ayam bawang ‘surrr’ dan kili parotta pula menjadi pilihan tetap pelanggan, dengan pelbagai maklum balas positif diterima sejak awal operasi.
Menurut pemiliknya, Mohamad Erfan, siaran sukan Astro memainkan peranan besar dalam menghidupkan suasana restoran sekali gus menarik lebih ramai pengunjung.
Katanya, keluarganya telah melanggan Astro sejak lebih 20 tahun lalu dan perkhidmatan itu terus menjadi nadi kepada pengalaman pelanggan di restorannya.
“Setakat sekarang ini, memang kami tak pernah buka tanpa Astro. Setiap hari ada siaran. Kalau tak ada Astro, saya tak boleh bayang impaknya. Pelanggan pasti berkurang sebab ramai datang memang nak tengok bola,” katanya.
Beliau berkata suasana restoran menjadi luar biasa pada hari perlawanan apabila jumlah pelanggan meningkat mendadak sehingga pihaknya terpaksa meminjam meja dari kedai bersebelahan bagi menampung kehadiran pengunjung.
Sementara itu, pelanggan turut menyifatkan gabungan menu unik dan suasana santai sebagai faktor utama mereka kembali ke restoran tersebut.
“Rojak ayam sini memang sedap. Saya selalu lepak dengan kawan-kawan sebab servis laju dan suasana pun best,” kata seorang pelanggan, dikenali sebagai Schumacher.
Bagi Fabian Samuel pula, Erfan Food Corner menjadi pilihan kerana keselesaan dan keakraban suasana yang ditawarkan.
“Kami selalu datang sini makan, borak dan lepak lama-lama. Suasana selesa, makanan pun sedap,” katanya.
Seorang lagi pelanggan tetap, Shazarul Iman, berkata suasana restoran menjadi lebih meriah setiap kali perlawanan bola berlangsung.
“Time bola memang meriah. Makanan yang saya selalu order, nasi goreng penyet,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohamad Erfan berharap lebih ramai pengusaha F&B memanfaatkan potensi besar yang ditawarkan melalui siaran Astro dalam merancakkan pengalaman pelanggan serta meningkatkan prestasi perniagaan.
“Bagi yang belum melanggan Astro BizOne, saya memang sarankan sebab impaknya sangat besar. Ia bantu tarik pelanggan dan secara langsung meningkatkan prestasi perniagaan,” tambahnya.
Kempen Astro BizOne ini telah pun berakhir, namun fasa baharu akan bermula pada tahun hadapan dengan lebih banyak peluang dan sokongan untuk para usahawan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Astro BizOne, layari biz.astro.com.my.