BISNES

AstroBIZ: The J Seri Alam jadi tumpuan, one stop centre makanan enak, pameran kereta, siaran menarik

Astro Awani 18/11/2025 | 04:33 MYT
Pengunjung menikmati pelbagai pilihan makanan di The J Seri Alam, medan selera berkonsepkan kontena yang kini menjadi tumpuan melalui inisiatif Astro BizOne Rewards. - Foto Astro AWANI
PASIR GUDANG: Sesuatu lokasi bukan sahaja menjadi tumpuan kerana tarikan hidangan makanannya yang enak dan pelbagai.


Ringkasan AI
  • The J Seri Alam menjadi tanda kejayaan usahawan tempatan yang terus menyerlah melalui platform Astro BIZ, membuktikan bahawa hiburan dan perniagaan mampu bergerak seiring dalam memupuk komuniti yang lebih harmoni.
  • Pemiliknya, Muhammad Hasraf Mohamed Ali, berkata The J Seri Alam telah beroperasi hampir lima tahun dengan menawarkan lebih 400 hidangan merentasi pelbagai cita rasa Melayu, India, Cina, Pakistan, Arab, Indonesia, Korea dan Jepun.
  • Mensasarkan pengunjung dalam kalangan anak muda dan keluarga, The J Seri Alam yang beroperasi setiap hari dari 1 petang hingga 3 pagi benar-benar berfungsi sebagai one stop centre.


Malah kehadiran komuniti yang besar dan siaran televisyen kegemaran juga mampu menjadikan sebuah destinasi itu hidup dan meriah.

Itu yang dirasai sendiri medan selera berkonsepkan kontena moden, The J Seri Alam di sini, menerusi inisiatif Astro BizOne Rewards.

Pemilik The J Seri Alam, Muhammad Hasraf Mohamed Ali, berkongsi bagaimana siaran langsung sukan melalui Astro BizOne menarik kehadiran pengunjung. - Foto Astro AWANI


Pemiliknya, Muhammad Hasraf Mohamed Ali berkata The J Seri Alam telah beroperasi hampir lima tahun dengan menawarkan lebih 400 hidangan merentasi pelbagai cita rasa Melayu, India, Cina, Pakistan, Arab, Indonesia, Korea dan Jepun.

Antara menu popular di sini termasuk Johara Coffee, nasi ayam, nasi lemak, murtabak, Maggi Mamu, char kuetiau, masakan panas, shell out, nasi Arab, roti bakar Bandung, sizzling, capati, naan dan pelbagai pencuci mulut.

Selain sajian enak, tarikan utama di sini ketika musim bola sepak dunia dan liga tempatan adalah siaran langsung di skrin besar yang menjadi daya penarik kepada pengunjung setia.

"Apabila adanya Astro BizOne ini, ia jadi tarikan utama untuk kita promosikan kedai. Kita selalu buka siaran yang paling mendapat permintaan iaitu Sukan, terutama siaran langsung perlawanan bola sepak FIFA dan Liga Malaysia.

"Ketika itu, ramai pengunjung datang membawa keluarga, kawan dan saudara untuk menyertai kami, menonton perlawanan, sambil makan hidangan kegemaran mereka.

"Dengan adanya AstroBiz ini juga, sekali gus dapat memperkenalkan The J Seri Alam kepada pengunjung luar. Kita pun, dengan adanya sambutan macam ini, kita ada sasaran untuk buka cawangan di negeri lain," katanya ketika ditemui di The J Seri Alam di sini.

Suasana meriah di The J Seri Alam yang beroperasi dari 1 petang hingga 3 pagi sebagai one-stop centre untuk makanan, hiburan dan komuniti. - Foto Astro AWANI


Mensasarkan pengunjung dalam kalangan anak muda dan keluarga, The J Seri Alam yang beroperasi setiap hari dari 1 petang hingga 3 pagi benar-benar berfungsi sebagai one stop centre.

Muhammad Hasraf berkata, lebih unik, The J Seri Alam turut mempamerkan kereta Japan Domestic Market (JDM) yang akan ditukar dua kali setiap bulan.

Katanya ia juga menjadikannya satu lagi tarikan visual dan budaya automotif.

"Selain makanan, pelbagai kemudahan turut disediakan termasuk ruang niaga untuk usahawan kecil dan sederhana, jualan pakaian, kedai gunting rambut serta persembahan buskers yang menghidupkan suasana buat pelanggan yang menjamu selera.

"Kami berhasrat melebarkan sayap ke luar Johor, insya-Allah saya optimis impian itu mampu dicapai dengan sokongan dan promosi meluas menerusi platform Astro," katanya.

The J Seri Alam menjadi tanda kejayaan usahawan tempatan yang terus menyerlah melalui platform Astro BIZ, membuktikan bahawa hiburan dan perniagaan mampu bergerak seiring dalam memupuk komuniti yang lebih harmoni.

Untuk maklumat lanjut mengenai Astro BizOne Rewards, layari biz.astro.com.my.




#AstroBIZ #Astro BizONE Rewards #makanan dan minuman #The J Seri Alam #perlawanan sukan