Terkini: Inkues kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
BISNES

AstroBiz jadi ‘magnet’ El Dinos Cafe & Bistro Seremban tarik pelanggan, hidupkan suasana komuniti

Astro Awani 13/10/2025 | 06:38 MYT
Jasbir (gambar) berkata, El Dinos kini menjadi lokasi tumpuan warga setempat bersantai hujung minggu sambil menikmati sajian memukau dan menonton siaran langsung bola menerusi saluran Astro. - Foto Astro AWANI
SEREMBAN: Dengan hanya satu langganan Astro BizOne, El Dinos Cafe & Bistro di Seremban berubah daripada sekadar ruang santai biasa kepada ‘magnet komuniti’ yang hidup dengan sorakan peminat bola sepak dan pelanggan setia.


Ringkasan AI
  • El Dinos Cafe & Bistro di Seremban mencatat peningkatan pelanggan sehingga 30 peratus selepas melanggan Astro BizOne, menjadikannya lokasi tumpuan komuniti untuk menonton bola sepak dan bersantai.
  • Premis ini dinobatkan sebagai pemenang kempen Astro BizOne Rewards hasil komitmen pemiliknya, Jasbir Singh Gill, dalam mencipta suasana meriah dan pengalaman tontonan seperti di stadium, lengkap dengan pelbagai pilihan hidangan.
  • Astro BizOne menjadi pemangkin kepada transformasi El Dinos sebagai magnet komuniti, dengan pelanggan tetap dan baharu memilih premis tersebut sebagai tempat berkumpul, menikmati makanan dan hiburan dalam suasana selamat dan menyeronokkan.


Kejayaan itu turut melayakkan premis berkenaan dinobatkan sebagai pemenang kempen Astro BizOne Rewards, hasil komitmen pemiliknya, Jasbir Singh Gill, sehingga berjaya melonjakkan kehadiran pelanggan dan jualan sehingga 30 peratus selepas melanggan AstroBiz kira-kira setahun lalu.

Daripada sekadar ruang santai untuk makan malam, El Dinos kini menjadi tumpuan warga setempat bersantai hujung minggu sambil menikmati sajian pelbagai cita rasa dan menonton siaran langsung bola sepak dalam suasana penuh meriah hasil langganan Astro BizOne yang memberi nafas baharu kepada premis itu.

“Dekat sini setiap kali ada perlawanan (bola sepak) memang rasa macam berada di stadium dengan langgan AstroBiz ini yang mana suasana itu tak sama di premis lain yang hanya memainkan muzik.

“Ramai juga pelanggan baharu kerana di luar ada logo besar AstroBiz dan mereka memilih masuk ke kedai kami lebih-lebih lagi apabila musim kejohanan besar,”katanya.

Pelbagai juadah makanan lokal dan barat disajikan El Dinos Cafe & Bistro, Seremban selain dilengkapi hiburan tanpa had iaitu tayangan rancangan sukan menerusi AstroBiz. - Foto Astro AWANI


Menurut Jasbir Singh, langganan AstroBiz bukan sekadar untuk menayangkan siaran sukan, tetapi menjadi ‘magnet utama’ menarik pelanggan baharu terutama ketika musim bola sepak dan kejohanan besar antarabangsa.

Katanya, kehadiran pelanggan meningkat hampir 30 peratus sejak langganan itu dimulakan yang mana beliau kini diiktiraf sebagai pemenang Astro BizOne Rewards, hasil komitmen menyediakan pengalaman tontonan dan layanan terbaik buat pengunjung.

Menawarkan lebih 40 pilihan menu, El Dinos Cafe & Bistro mengetengahkan empat jenis hidangan utama iaitu selera Asia, barat, Punjabi dan bakal memperkenalkan makanan Sepanyol tidak lama lagi.

Gabungan pelbagai citarasa ini menjadikan kafe tersebut unik, bukan sekadar sebagai lokasi makan, tetapi juga tempat pelanggan ‘lari sekejap’daripada kesibukan rutin harian.

Jasbir mengakui, salah satu kekuatan utama yang menonjolkan El Dinos ialah pengalaman pelanggan yang dicipta melalui AstroBiz lengkap dengan siaran langsung, komen penganalisis, dan suasana bagaikan berada di dalam stadium.

El Dinos Cafe & Bistro, Seremban antara restoran yang bersinar di kawasan itu ketika waktu malam. - Astro AWANI


Pelanggan tetap, Dinesh Nair, 35, mengakui beliau dan abangnya tidak pernah terlepas menonton perlawanan bola sepak pasukan pilihan sambil menikmati makanan dan suasana di El Dinos.

“Semua makanan dekat sini bukan sahaja sedap, tetapi sangat berbaloi dan apabila setiap kali ada ‘game’ kami mesti datang sini kerana suasananya yang cukup meriah,”katanya.

Bagi pelanggan wanita, S. Parveena, 42, El Dinos bukan sekadar kafe, tetapi tempat berkumpul dan bersantai dengan rakan-rakan.

“Di sini banyak aktiviti boleh kami lakukan dan yang paling penting saya sentiasa rasa selamat apabila berada di dalam kafe ini,”ujarnya.

Dengan kombinasi hidangan enak, suasana santai dan pengalaman tontonan menerusi Astro Biz, El Dinos Cafe & Bistro kini muncul sebagai salah satu lokasi sosial dan hiburan utama di Seremban.

Bagi Jasbir, beliau berharap kehadiran AstroBiz terus membantu memperluas pengaruh dan menjadikan El Dinos lebih dikenali sebagai ‘tempat untuk semua’.

“Kami harap, dengan AstroBiz, nama El Dinos akan terus dikenali kerana Ini bukan sekadar kafe tapi tempat komuniti berkumpul dan berseronok bersama,” katanya.

Jangan lepaskan peluang untuk menggandakan lagi jenama perniagaan anda menerusi pelbagai liputan istimewa Astro. - Foto Astro AWANI


Kempen Astro BizOne Rewards menawarkan pelbagai promosi eksklusif khas kepada pelanggan F&B yang melanggan pakej Astro BizOne.

Kempen ini bakal berakhir pada 17 Oktober dan maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi biz.astro.com.my .



#AstroBIZ #BizOne Rewards #El Dinos Cafe & Bistro #perlawanan sukan #makanan dan minuman