BISNES
AstroBiz: Lebih dari sekadar teh tarik: Bagaimana Astro Bizone hidupkan suasana di restoran warisan 50 tahun di Langkawi
Syed Araby Mohammed Hajar Mydin, mengekalkan legasi Restoran Padang Pasir yang sudah mencecah usia 50 tahun. - Foto Astro AWANI
LANGKAWI: Di Pekan Kuah, Restoran Padang Pasir, di sini, bukan sekadar tempat untuk menikmati roti canai 24 jam atau teh ais lejen yang menjadi sebutan ramai. Bagi masyarakat setempat, restoran warisan keluarga berusia lebih 50 tahun ini adalah sebuah hub sosial, tempat di mana berita dikongsi dan persahabatan terjalin.
Ringkasan AI
Bagi pemiliknya, Syed Araby Mohammed Hajar Mydin, mengekalkan legasi itu adalah keutamaannya dengan sentiasa meletakkan kepuasan pelanggan sebagai perkara yang pertama, selaras dengan cogan kata restorannya, "Kepuasan Pelanggan Adalah Kesinambungan Kami".
Namun, beliau berhadapan dengan satu cabaran yang dihadapi oleh ramai pengusaha restoran.
Bagaimana untuk memastikan pelanggan setia terus berada di premis, terutamanya pada malam acara sukan besar dianjurkan ?
"Ada hari-hari kita tengok akan kekurangan pelanggan. Hilang tak tahu pi mana. Rupanya mereka pi tengok bola di rumah," kongsi Syed Araby.
Penyelesaiannya adalah dengan menaiktaraf langganan Astro Bizone. Keputusan itu bukan sahaja menyelesaikan masalahnya, malah mengubah suasana restorannya secara keseluruhan.
"Bila adanya Astro Bizone, pelanggan kita setiap hari sentiasa ada. Walaupun masa tu tiada perlawanan, mereka tak lari dah. Semua akan tunggu dan tonton di sini," jelasnya sambil tersenyum.
Menurut Syed Araby, tarikan Astro Bizone melangkaui siaran sukan. Saluran berita dan hiburan yang pelbagai berjaya menarik lebih ramai pelanggan dan menghidupkan suasana di kedai makannya menjadi lebih meriah dan bertenaga.
Daya tarikan restoran ini turut diakui oleh pelanggan setianya. Bagi Ku Fauzi Ku Putra, ia adalah lokasi pilihan untuk bersantai bersama rakan-rakan sehingga lewat malam. Manakala Muzira Shaari pula memuji keenakan "Teh Ais Kaw" dan "Naan Cheese Meleleh" yang menurutnya sangat 'padu'.
Namun, ia bukan sekadar tentang makanan dan minuman. Servis yang pantas dan layanan mesra kru restoran membuatkan pelanggan seperti Ahmad Zifni Adeli sentiasa berpuas hati.
Keberkesanan Astro Bizone dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dan mengekalkan kesetiaan mereka amat meyakinkan Syed Araby. Beliau kini merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di sekitar Langkawi.
"Insya-Allah, di semua cawangan baru nanti, kita akan sokong dengan memasang Astro Bizone," katanya, menunjukkan keyakinan penuh terhadap nilai tambah yang dibawa oleh perkhidmatan itu kepada perniagaannya.
Kisah kejayaan Restoran Padang Pasir adalah salah satu contoh bagaimana premis makanan dan minuman (F&B) boleh memanfaatkan kandungan premium untuk mencipta kelebihan kompetitif.
Kempen Astro BizOne Rewards akan berlangsung hingga 17 Oktober 2025 dan mengiktiraf 200 premis F&B terbaik di seluruh negara yang mendaftar, memperbaharui atau menaik taraf langganan AstroBiz.
Maklumat lanjut di biz.astro.com.my.
Ringkasan AI
- Di Pekan Kuah, Restoran Padang Pasir bukan sekadar tempat untuk menikmati roti canai 24 jam atau teh ais lejen yang menjadi sebutan ramai. Bagi masyarakat setempat, restoran warisan keluarga berusia lebih 50 tahun ini adalah sebuah hub sosial, tempat di mana berita dikongsi dan persahabatan terjalin. Bagi pemiliknya, Syed Araby Mohammed Hajar Mydin, mengekalkan legasi itu adalah keutamaannya dengan sentiasa meletakkan kepuasan pelanggan sebagai perkara yang pertama, selaras dengan cogan kata restorannya, "Kepuasan Pelanggan Adalah Kesinambungan Kami". Namun, beliau berhadapan dengan satu cabaran yang dihadapi oleh ramai pengusaha restoran. Bagaimana untuk memastikan pelanggan setia terus berada di premis, terutamanya pada malam acara sukan besar dianjurkan?