Apa yang Anda Dapat daripada Bajet 2026? STR, SARA, Bantuan Ibu Tunggal, Pelajar & Banyak Lagi – Semak Analisis Penuh di Sini!
BISNES

AstroBIZ: Nasi Kandar Shaaz bukti Astro pelengkap restoran mamak

Malekah Aisyah 09/10/2025 | 04:22 MYT
Abdul Latiff (gambar) menganggap kemenangan dalam Kempen Astro BizOne Rewards sebagai pemangkin untuk beliau dan seluruh pekerja di restoran terus memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan. - Astro
PETALING JAYA: Kedai mamak memang tidak lengkap tanpa Astro!

Itu pengakuan jujur pemilik Restoran Nasi Kandar Shaaz, Abdul Latiff K. Imdross, salah satu pemenang Kempen Astro BizOne Rewards yang menganggap langganan AstroBiz sebagai ramuan utama dalam memastikan pengalaman pelanggan lebih meriah dan berkualiti.

Menurutnya, rancangan sukan, hiburan dan berita yang disiarkan menerusi AstroBiz bukan sahaja menarik lebih ramai pelanggan, malah menjadikan suasana makan lebih bermakna terutama ketika perlawanan bola sepak berlangsung.

“Bila ada Astro ni, ramai lah pelanggan terutama waktu main bola.

“Tempat ini boleh muat 500 orang jadi kalau tak ada Astro, memang sunyi. Biasa lah, kedai mamak mesti kena ada Astro,” katanya ketika ditemu bual di Restoran Nasi Kandar Shaaz cawangan Bandar Sunway, di sini.

Pelbagai aneka lauk istimewa sebagai hidangan pelengkap nasi kandar yang menjadi kegemaran ramai di Restoran Shaaz Nasi Kandar. - Foto Astro


Sudah lebih dua dekad berkecimpung dalam dunia makanan dan minuman (F&B), Abdul Latiff menyifatkan kemenangan dalam kempen tersebut sebagai satu penghargaan besar terhadap kerja kerasnya selama ini sekaligus memantapkan lagi jenama perniagaannya.

“Restoran Nasi Kandar Shaaz ni ada enam cawangan, lima daripadanya ada langgan pakej AstroBiz.

“Kebanyakan restoran kami memang ramai pengunjung, Alhamdulillah.

“Saya sudah ada dalam bidang F&B ini hampir 20 tahun. Inspirasi saya ialah bapa saya sendiri, dia juga seorang peniaga makanan.

“Saya nak ucap terima kasih pada AstroBiz sebab bagi peluang ni. Tak sangka boleh menang,” ujarnya.

Selain hidangan popular seperti nasi kandar, capati, thosai dan naan, Abdul Latiff menekankan aspek kualiti makanan dan kebersihan sebagai kunci utama pelanggan sering kembali ke restorannya.

“Kita jaga kualiti makanan, kebersihan, dan staff (pekerja) pun berpengalaman.

“Ramai pelanggan datang kata kedai kami bersih, dan dengan adanya Astro, suasana lebih meriah, mereka memuji restoran kami sebab tayang rancangan Astro.

“Saya sarankan semua pemilik restoran di luar sana untuk langgan AstroBiz terutama kedai mamak, sebab restoran mamak memang tak lengkap tanpa AstroBiz,” tambahnya.


Restoran Shaaz Nasi Kandar Cawangan Bandar Sunway sememangnya tidak asing lagi sebagai tempat pilihan utama terutama pada waktu makan tengahari. - Foto Astro


Bagi pelanggan tetap, Sherniera Iman Mohd., Restoran Nasi Kandar Shaaz bukan sekadar tempat menjamu selera tetapi lokasi santai yang lengkap dengan hiburan dan suasana selesa.

“Saya selalu datang sini sebab convenient (mudah), dekat dengan kampus dan makanan semua pun lengkap.

“Ada makanan panas, tapi apa yang paling saya suka nasi kandar. Kalau saya tengah rushing, (tergesa-gesa) senang saya pesan sahaja nasi kandar.

“Apa yang paling penting, dekat sini sambil makan, bolehlah tengok Astro. Dekat rumah jarang tengok TV, jadi dekat sini memang seronok lepak dengan kawan sambil makan boleh tengok bola atau rancangan hiburan Astro,” katanya.

Selang beberapa hari lagi sebelum peluang menyertai Kempen Astro BizOne Rewards tamat. Jangan lepaskan peluang keemasan ini! - Foto Astro


Kempen Astro BizOne Rewards akan berlangsung hingga 17 Oktober 2025 dan mengiktiraf 200 premis F&B terbaik di seluruh negara yang mendaftar, memperbaharui atau menaik taraf langganan AstroBiz.

Jangan lepaskan peluang dan sertai kempen ini sekarang di biz.astro.com.my .



#AstroBIZ #BizOne Rewards #Restoran Nasi Kandar Shaaz #juadah makanan