BISNES

AstroBIZ: Rockafellers Kitchen temui rentak baharu dengan Astro BizOne

Malekah Aisyah 13/01/2026 | 04:52 MYT
Satish (foto) menganggap Astro BizOne sebagai platform fleksibel yang menggabungkan hiburan dan pemasaran restoran secara meluas sekali gus menyatakan hasrat agar Kempen Astro BizOne Rewards berterusan. -Foto Astro AWANI
SUBANG JAYA: Bukan sekadar destinasi menjamu selera, Rockafellers Kitchen berkembang sebagai ruang untuk menikmati hidangan berkualiti, hiburan dan masa bermakna bersama keluarga serta rakan-rakan.


Ringkasan AI
  • Bukan sekadar destinasi menjamu selera, Rockafellers Kitchen berkembang sebagai ruang untuk menikmati hidangan berkualiti, hiburan dan masa bermakna bersama keluarga serta rakan-rakan.
  • Diasaskan lapan tahun lalu dengan matlamat menggabungkan cita rasa Barat bersama sentuhan tempatan, jenama ini terus mencatat perkembangan positif dalam landskap makanan dan minuman tempatan.
  • Rockafellers Kitchen cawangan Subang Jaya turut mencuri perhatian apabila diumumkan sebagai antara pemenang Kempen Astro BizOne Rewards. Pengiktirafan itu sekali gus memperkasa peranan Astro BizOne sebagai medium strategik dalam membantu restoran berkenaan menarik pelanggan baharu melalui hiburan bertaraf tinggi.


Diasaskan lapan tahun lalu dengan matlamat menggabungkan cita rasa barat bersama sentuhan tempatan, jenama ini terus mencatat perkembangan positif dalam landskap makanan dan minuman tempatan.

Konsep kejiranan moden yang menghimpunkan makanan, minuman dan hiburan di bawah satu bumbung menjadi kekuatan utama Rockafellers Kitchen sejak penubuhannya.

Rockafellers Kitchen cawangan Subang Jaya turut mencuri perhatian apabila diumumkan sebagai antara pemenang Kempen Astro BizOne Rewards.

Pengiktirafan itu sekali gus memperkasa peranan Astro BizOne sebagai medium strategik dalam membantu restoran berkenaan menarik pelanggan baharu melalui hiburan bertaraf tinggi.

Satish (foto) ketika menunjukkan hidangan paling digemari ramai iaitu Claypot Bone Marrow. - Foto Astro


Menurut Pengurus Perniagaan Rockafellers Kitchen, Satish Gopal, kerjasama bersama Astro BizOne membuka ruang lebih luas untuk jenama itu memperkenalkan tawaran mereka kepada segmen pelanggan baharu.

“Kami rasa masih belum mencapai potensi maksimum untuk menarik pelanggan baharu.

“Dengan platform seperti Astro BizOne, kami dapat mengiklankan dan memperkenalkan apa yang kami tawarkan, sekali gus membawa wajah-wajah baharu ke semua cawangan kami,” katanya ketika ditemu bual di Rockafellers Kitchen, di sini.

Tambah Satish, kekuatan Rockafellers Kitchen terletak pada konsep ‘semua di bawah satu bumbung’, merangkumi hidangan, minuman, siaran langsung acara sukan dan persembahan live band.

“Pelanggan tidak perlu pergi ke tempat lain. Mereka boleh menikmati makanan, minuman, hiburan dan acara langsung di satu lokasi. Itulah yang membuatkan mereka terus kembali ke Rockafellers Kitchen,” jelasnya.

Tarikan seperti siaran langsung perlawanan sukan melalui Astro BizOne dan persembahan live band menjadi antara faktor utama pelanggan memilih Rockafellers Kitchen sebagai lokasi pilihan, khususnya pada hujung minggu dan acara sukan besar.

Hidangan dengan sentuhan tempatan menjadikan Rockafellers Kitchen sebuah restoran yang giat memperkenalkan ciri khas lokal kepada semua golongan masyarakat. - Foto Astro


Keunikan restoran ini turut terserlah menerusi menu makanan Barat yang disuntik elemen India Utara, termasuk nasi briyani dan claypot bone marrow sekali gus menampilkan kepelbagaian budaya dalam setiap sajian.

Antara hidangan istimewa yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah Mini Beef Wellington, Butter Angel Head Pasta serta kombo briyani yang menggabungkan ayam, udang dan herba terpilih.

Pengalaman tersebut turut dikongsi pelanggan tetap Rockafellers Kitchen cawangan Subang Jaya.

Seorang pelanggan, Syed Zulkarnain berkata, restoran itu menjadi pilihan utama untuk menonton perlawanan bola sepak bersama rakan-rakan kerana liputan siaran yang jelas dan suasana menghiburkan.

“Rockafellers dekat sini selalu pasang perlawanan bola sepak, jadi setiap hujung minggu saya akan cuba untuk datang dan tonton dengan kawan-kawan.

“Dia punya siaran langsung sangat jelas dan tiada gangguan, banyak TV juga disediakan di seluruh restoran jadi sangat menghiburkan,” jelasnya.

Sementara itu, Thurai Kumar menyifatkan Rockafellers Kitchen sebagai lokasi hiburan lengkap kerana menayangkan pelbagai acara sukan secara langsung, termasuk EPL dan badminton dalam suasana yang meriah.

“Suasananya meriah dan menghiburkan. Semua perlawanan disiarkan secara langsung, termasuk badminton dan EPL.

“Ini memang tempat hiburan sesuai untuk mereka yang ingin menonton perlawanan,” ujarnya.

Bagi Thana Laxmi pula, kunjungan bulanan bersama keluarga untuk menikmati persembahan live band dan siaran sukan menjadikan Rockafellers Kitchen sebagai lokasi yang sesuai untuk menghabiskan masa berkualiti bersama insan tersayang.

“Saya datang ke sini sebulan sekali bersama keluarga untuk menikmati live band dan juga menonton perlawanan sukan. Suami saya memang gemar menonton sukan di sini,” katanya.

Pertunjukan live band yang berlangsung setiap hari juga menjadi antara aktiviti dinantikan pengunjung di Rockafellers Kitchen. - Foto Astro


Dengan sokongan Astro BizOne, Rockafellers Kitchen bukan sahaja berjaya meningkatkan keterlihatan jenama, malah mengoptimumkan pengalaman pelanggan secara menyeluruh daripada hidangan, hiburan sehinggalah suasana.

Orang ramai juga berpeluang menikmati pelbagai kelebihan serta pendedahan perniagaan menerusi penyertaan Kempen Astro BizOne Rewards bagi siri yang akan datang.

Langgan Astro Bizone sekarang dan rebut peluang untuk mengembangkan perniagaan anda.

Untuk maklumat lanjut, layari biz.astro.com.my .



#AstroBIZ #Astro BizOne #Astro BizONE Rewards #makanan dan minuman #perlawanan sukan #definisi tinggi #Rockafellers Kitchen