[TERKINI] Sistem Pendidikan Malaysia Berubah Bermula 2027: Darjah Satu Umur 6, Penilaian Murid Tahun 4 & Tingkatan 3 – Ini Perkara yang Ibu Bapa WAJIB Tahu
BISNES

AstroBIZ: Spice N Ice akui Astro BizOne tingkat nilai pengalaman

Malekah Aisyah 20/01/2026 | 04:00 MYT
Nagendran (foto) berkata, kempen Astro BizOne bukan sahaja membantu restoran lebih berkembang malah, pakej dilanggan juga lengkap dengan pelbagai rancangan Astro berdefinisi tinggi sekali gus melengkapkan suasana restoran. - Foto Astro
KUALA LUMPUR: Makanan bukan sekadar hidangan, sebaliknya menjadi satu pengalaman yang menyatukan hubungan.


Ringkasan AI
  • Restoran Spice N Ice menggabungkan sajian fusion India dengan hiburan berdefinisi tinggi menerusi pakej Astro BizOne, sekali gus mewujudkan suasana santai dan mengujakan untuk para pelanggan.
  • Terletak di tengah-tengah Bukit Bintang, Spice N Ice bukan sahaja menjadi pilihan pelanggan tempatan, malah turut menarik perhatian pelancong asing yang mencari kelainan pengalaman di Malaysia.
  • Kejayaan restoran itu dinobatkan sebagai pemenang Kempen Astro BizOne Rewards membuka lembaran baharu buat jenama berkenaan untuk melangkah lebih jauh bersama Astro.


Itulah konsep dibawakan oleh restoran Spice N Ice yang menggabungkan sajian fusion India dengan hiburan berdefinisi tinggi menerusi pakej Astro BizOne, sekali gus mewujudkan suasana santai dan mengujakan untuk para pelanggan.

Terletak di tengah-tengah Bukit Bintang, Spice N Ice bukan sahaja menjadi pilihan pelanggan tempatan, malah turut menarik perhatian pelancong asing yang mencari kelainan pengalaman di Malaysia.

Spice N Ice yang terletak di tengah-tengah metropolitan kekal menyinar pada waktu malam dan menjadi antara destinasi pilihan pelancong yang berkunjung ke Bukit Bintang. - Foto Astro

Kejayaan restoran itu dinobatkan sebagai pemenang Kempen Astro BizOne Rewards membuka lembaran baharu buat jenama berkenaan untuk melangkah lebih jauh bersama Astro.

Pengarah Urusannya, Nagendran Shanmugam berkata, pengiktirafan tersebut disambut dengan penuh rasa syukur dan sekali gus menjadi pemangkin untuk memperkenalkan Spice N Ice kepada khalayak lebih luas melalui platform Astro yang sememangnya menjadi pilihan ramai.

“Astro merupakan sebuah organisasi yang sangat kukuh dan telah berada dalam industri lebih 30 tahun. Ia satu penghormatan buat kami untuk menjadi sebahagian daripada Astro melalui Astro BizOne,” katanya ketika di temubual di Spice N Ice di Bukit Bintang, di sini.

Beliau turut menyatakan rasa bangga apabila dipilih untuk bekerjasama dengan Astro, yang disifatkannya sebagai jenama bereputasi tinggi dan tidak sewenang-wenangnya menjalinkan kolaborasi dengan mana-mana pihak.

“Kami sangat berbangga dan gembira apabila Astro memilih untuk bekerjasama dengan kami.

“Kami yakin Astro tidak akan bekerjasama dengan sebarang pihak sesuka hati dan sebagai jenama yang bereputasi, kami mahu bekerjasama dengan Astro untuk tujuan promosi serta memberikan kepuasan kepada pelanggan kami,” jelasnya.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, Spice N Ice turut menganjurkan makan malam gala setiap Jumaat, termasuk buat pelancong yang berkunjung. Inisiatif itu menjadi sebahagian daripada usaha restoran berkenaan untuk memberikan pengalaman lebih bermakna kepada pelanggan yang terus menyokong operasi mereka.

Makan Malam Gala yang dianjurkan setiap malam Jumaat menjadi salah satu tarikan menarik Spice N Ice dan amat disantuni pelanggan sebagai malam menyatukan pelbagai lapisan masyarakat. - Foto Astro


Keunikan restoran ini turut terserlah melalui sajian fusion India eksotik yang dihasilkan menggunakan rempah dikisar segar, sekali gus menampilkan cita rasa autentik dan berbeza.

Pengalaman menjamu selera di restoran itu menjadi lebih istimewa apabila pelanggan dapat menikmati kandungan hiburan dan sukan secara langsung menerusi Astro BizOne.

Seorang pelanggan, Zaiton Jamal menyifatkan suasana restoran itu sebagai lengkap dan selesa.

“Biasanya restoran ini memang akan pasang Astro terutama ketika makan malam gala diadakan.

“Kebanyakan tetamu datang untuk menonton perlawanan bola sepak. Jadi daripada segi itu, suasana memang sangat baik untuk tetamu yang datang ke sini dan restorannya juga kemas serta selesa,” ujarnya.

Seorang lagi pelanggan, Melvin Rendawa pula melihat gabungan tersebut sebagai kelebihan utama Spice N Ice.

“Di sini makanan yang saya rasa paling sedap adalah nasi briyani.

“Restoran ini pula terletak di kawasan yang meriah tetapi ciri-ciri seakan-akan berada di kawasan kejiranan jadi sangat selesa.

“Saya lihat ramai pelanggan dari Eropah datang nikmati pelbagai makanan dan hampir setiap hari ada kandungan berlainan yang ditayangkan menerusi Astro,” tambahnya.

Astro BizOne terus membuka peluang kepada pengusaha perniagaan untuk menambah nilai pengalaman pelanggan melalui kandungan hiburan berkualiti serta sokongan pemasaran yang menyeluruh.

Orang ramai juga berpeluang menikmati pelbagai kelebihan serta pendedahan perniagaan menerusi penyertaan Kempen Astro BizOne Rewards bagi siri yang akan datang.

Langgan Astro Bizone sekarang dan rebut peluang untuk mengembangkan perniagaan anda.

Untuk maklumat lanjut, layari biz.astro.com.my .








#AstroBIZ #Astro BizONE Rewards #Spice N Ice #Bukit Bintang #pelancong #makanan dan minuman #rancangan sukan