BISNES
ATR sedia bantu Malaysia capai matlamat penerbangan hijau
Pesawat turboprop keluaran ATR jauh lebih cekap berbanding jet serantau dengan penggunaan pengurangan 45 peratus bahan api dan mengeluarkan karbon dioksida (CO2) lebih rendah bagi setiap perjalanan. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pengeluar pesawat turboprop Perancis-Itali, ATR bersedia membantu Malaysia dan pengendali ASEAN lain dalam usaha mencapai matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sejajar peranan syarikat itu yang terus menjadi peneraju operasi lestari sektor penerbangan serantau.
Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pegawai Komersial ATR, Alexis Vidal berkata, pesawat turboprop keluaran syarikat itu juga jauh lebih cekap berbanding jet serantau dengan penggunaan pengurangan 45 peratus bahan api dan mengeluarkan karbon dioksida (CO2) lebih rendah bagi setiap perjalanan.
"Pesawat kami sudah menyumbang kepada pengurangan CO2 sebanyak 45 peratus berbanding jet dengan saiz sama. Ini adalah aspek penting dalam mengurangkan pelepasan (karbon) sektor penerbangan dengan teknologi sedia ada masa kini," kata Vidal kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini.
Pada 2022, ATR menjadi pengeluar peralatan tulen (OEM) pertama yang berjaya melakukan penerbangan menggunakan 100 peratus bahan api penerbangan mampan (SAF) dalam kedua-dua enjin pesawat komersial -- pencapaian yang digambarkan oleh Vidal sebagai "pertama dalam industri dan wajar diketengahkan."
"Pesawat ATR itu telah diiktiraf beroperasi dengan 50 peratus SAF dan syarikat kini bekerjasama dengan pembekal global seperti ATOBA, pengedar bahan api penerbangan mampan bagi mempercepat rantaian bekalan dan penggunaan SAF di seluruh pasaran untuk beberapa tahun akan datang.
"Kami juga telah menandatangani perjanjian dengan ATOBA dan mendapat perakuan CDP dan EcoVadis. Oleh itu, ini bukan sekadar kata-kata, sebaliknya kami benar-benar melaksanakan komitmen kelestarian menerusi dokumen rasmi," katanya.
CDP yang sebelum ini dikenali sebagai "Carbon Disclosure Project" (Projek Pendedahan Karbon) adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan global yang mengendalikan sistem pendedahan alam sekitar antarabangsa dan menilai syarikat berdasarkan ketelusan dan prestasi menangani perubahan iklim.
EcoVadis pula, kata Vidal, merujuk kepada penyedia penarafan kemampanan diiktiraf secara meluas dan berperanan menilai syarikat dalam pelbagai aspek seperti impak alam sekitar, hak pekerja, etika dan pemerolehan lestari.
Beliau juga menyifatkan pensijilan diterima ATR sebagai mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat terhadap keutamaan ESG dan sejajar dengan peningkatan jangkaan daripada kerajaan, pelabur dan pengembara, termasuk di Malaysia.
"Ini menjadikan ATR seiring dengan pengendali seperti FlyFirefly Sdn Bhd, anak syarikat penerbangan tambang rendah milik Malaysia Aviation Group Bhd serta Berjaya Air.
"Keadaan itu lebih ketara apabila pengawal selia dan penumpang juga semakin menuntut kelayakan hijau dalam industri penerbangan," katanya.
Menurut Vidal, langkah ATR melakukan pembangunan produk berterusan daripada pengoptimuman trajektori penerbangan hingga operasi penggunaan bahan api lebih rendah, juga bertujuan membantu pengendali memenuhi sasaran ESG global selain mengekalkan kos yang kompetitif.
"Rekod prestasi kami juga menunjukkan bahawa ATR tidak hanya memberi reaksi terhadap trend kemampanan, tetapi turut membentuknya," katanya.
-- BERNAMA