awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Axiata Group rekod untung bersih RM818.9 juta

Fareez Azman
Fareez Azman
22/02/2022
11:20 MYT
Axiata Group rekod untung bersih RM818.9 juta
Pengerusi Axiata Group Bhd, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan berkata, prestasi itu menunjukkan pertumbuhan kumpulan amat mencabar dan mencerminkan langkahnya untuk berkembang dalam perniagaan digital dan infrastruktur.
KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Axiata Group Berhad meningkat kepada RM818.9 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 daripada RM365.16 juta pada tahun sebelumnya.
Syarikat berkenaan turut merekodkan peningkatan perolehan sebanyak 7 peratus kepada RM25.9 billion daripada RM24.2 billion pada 2020.
Manakala bagi pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA), Axiata turut mencatatkan peningkatan 7 peratus kepada RM11.4 billion daripada RM10.66 billion menerusi pertumbuhan dalam semua syarikat operasi (OpCos) kecuali operasi muda alih Ncall (di Nepal).
Menurut Pengerusinya, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan, prestasi itu menunjukkan pertumbuhan kumpulan amat mencabar dan mencerminkan langkahnya untuk berkembang dalam perniagaan digital dan infrastruktur.
"Memandangkan prestasi yang baik, Axiata dengan sukacitanya mengumumkan jumlah dividen sebanyak 9.5 sen sesaham biasa bagi tahun tersebut, termasuk dividen interim sebanyak 4 sen sesaham biasa diisytiharkan untuk tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2021.
"Untuk tahun 2022, Lembaga Pengarah akan terus mencabar pasukan untuk meningkatkan daya tahan operasi dan pengukuhan asas dalam mengembangkan perniagaan di seluruh rantau," jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Axiata Group Berhad
#perolehan
#Tahun Kewangan 2021
#untung bersih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan