KUALA LUMPUR: Pengendali rangkaian mudah alih terbesar dan bank keempat terbesar di Malaysia dilihat antara pesaing utama yang bakal memperoleh lima lesen perbankan digital apabila diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) akhir bulan ini, demikian menurut laporan Bloomberg.
Jelas laporan itu, antara yang disebut-sebut ialah konsortium terdiri daripada Axiata Group Bhd dan RHB Bank Bhd.
"Selain itu, terdapat juga permohonan daripada kumpulan termasuk Kenanga Investment Bank Bhd, Kerajaan Negeri Sarawak dan Revenue Group Bhd., sebuah firma perkhidmatan teknologi maklumat," katanya pada Jumaat.
Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus sebelum ini berkata, bank pusat menerima 29 permohonan yang membida untuk meningkatkan akses kepada kepada segmen yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan dalam sistem perbankan negara.
Malaysia akan mengikuti jejak langkah negara dari Filipina ke Singapura yang mengeluarkan lesen berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
BNM mahu pemberi pinjaman digital membantu merangsang lebih ramai orang menabung untuk masa depan dan lebih ramai usahawan mengembangkan perniagaan mereka untuk menguasai bahagian pasaran dalam e-dagang di Asia Tenggara, yang menempatkan lebih 650 juta orang.
Malah, Nor Shamsiah juga menjangkakan penyertaan bank digital dapat membantu mempercepatkan pendigitalan bank sedia ada.
Jelasnya, pemohon yang berjaya dan memenuhi kesemua kriteria kehematan dijangka dapat menyumbang ke arah rangkuman kewangan yang lebih luas dengan menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan untuk mengurangkan jurang pasaran bagi golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan dan yang tidak mendapat perkhidmatan kewangan.
Antara pesaing lain termasuklah usaha sama antara Grab Holdings Ltd bersama rangkaian mudah alih Singapura, Singapore Telecommunications Ltd atau dikenali sebagai Singtel (konsortium yang memperoleh lesen bank digital Singapura pada 2020).
Selain itu, ia turut menyaksikan kumpulan terdiri daripada Genting Plantations Bhd., PUC Bhd serta Kerajaan Negeri Pahang dan Sabah; usaha sama AEON Financial Service Co. Ltd. (yang berpangkalan di Jepun) dan unitnya di Malaysia, AEON Credit Service (M) Bhd.
Turut serta, konsortium terdiri daripada BigPay, dimiliki syarikat penerbangan AirAsia, Capital A Bhd. bersama Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) dan Ikhlas Capital, firma ekuiti persendirian yang berpangkalan di Singapura yang diasaskan bersama Tan Sri Nazir Razak, yang dahulunya bersama CIMB Group.
Ia turut menyaksikan firma Singapura, iFAST Corporation Ltd., membentuk konsortium dengan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd., THZ Alliance Sdn. Bhd. dan pengasas serta pemegang saham terbesar 99 Speed Mart Sdn Bhd (99 Speedmart), Lee Thiam Wah.
Tidak ketinggalan, Green Packet turut membuat permohonan lesen bank digital dengan kerjasama Zico Holdings Inc. (Singapura) dan M24 Tawreeq Sdn. Bhd. serta kumpulan yang diterajui konglomerate Sunway Bhd.
Bank pusat akan mengumumkan pemohon yang berjaya ketika penerbitan Laporan Tahunan BNM, minggu hadapan. - DagangNews.com
Dagang News
Sat Mar 26 2022
Malaysia akan mengikuti jejak langkah negara dari Filipina ke Singapura yang mengeluarkan lesen berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. -Dagang News
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Axiata catat kerugian bersih RM52.40 juta pada suku ketiga
Kerugian juga disebabkan susut nilai dan pelunasan yang tinggi, bayaran tambahan sekali sahaja dan penalti yang dikenakan.
Axiata, RHB Bank antara pesaing utama bakal peroleh lesen bank digital
Malaysia akan mengikuti jejak langkah negara dari Filipina ke Singapura yang mengeluarkan lesen berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Saham Axiata meningkat susulan pelan penggabungan kekal berjalan lancar
Pada 9.39 pagi, saham itu naik 4.0 sen kepada RM3.96 dengan 440,000 saham bertukar tangan.
Kerjasama dengan gergasi telekomunikasi antarabangsa perlu - Tun M
Malaysia perlu menerima hakikat bahawa kerjasama strategik dengan syarikat gergasi telekomunikasi antarabangsa diperlukan.
CEO Telekom Malaysia letak jawatan
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly, meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.
Axiata yakin idea catat prestasi kewangan positif dalam tempoh tiga tahun
Industri telekomunikasi di India dijangka mengalami rasionalisasi selepas tempoh persaingan sengit yang didorong pesaing, Reliance Jio Infocomm Ltd.
Maybank kekalkan saranan 'beli' ke atas Axiata
Maybank Investment berkata Celcom akhirnya keluar daripada kemelut IT yang sudah lama tertangguh, dan sejak itu lebih rasional dalam harga produknya.