Azmin Ali dilantik Ahli Lembaga Pengarah Khazanah

Najib Aroff
Julai 30, 2018 11:00 MYT
Datuk Seri Azmin Ali dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad berkuat kuasa serta-merta.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan berkata pelantikan Pengarah Urusan Khazanah bagaimanapun akan diumumkan kelak.
Selain Azmin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dilantik menjadi Pengerusi syarikat cabang pelaburan kerajaan itu.
Turut dilantik tiga lagi Ahli Lembaga lain termasuk Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Sukhdave Singh, Ahli Majlis Penasihat Kerajaan Tan Sri Mohd Hassan Marican dan Pengerusi Maybank Private Equity Sdn Bhd Goh Ching Yin.
Pada 25 Julai kesemua Ahli Lembaga Pengarah Khazanah termasuk Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar menyerahkan surat letak jawatan kepada Perdana Menteri.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam reaksi menyifatkan tawaran perletakan jawatan itu sebagai wajat dan memberikan kuasa prerogratif Perdana Menteri untuk melantik Ahli Lembaga Pengarah Khazanah.
#Ali Lembaga Pengarah #Azmin Ali #JPM #Khazanah #Khazanah Nasional Berhad #Mahathir Mohamad #Tun Dr Mahathir Mohmad