awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAE dinobat syarikat keselamatan siber terbaik tahun 2014

Bernama
Bernama
14/11/2014
02:31 MYT
BAE dinobat syarikat keselamatan siber terbaik tahun 2014
BAE dinobat 'Syarikat Sekuriti Siber Terbaik Bagi Tahun 2014' atas sumbangannya terhadap pemantapan standard keselamatan maklumat.
BAE Systems Applied Intelligence (BAE) hari ini dinobat 'Syarikat Sekuriti Siber Terbaik Bagi Tahun 2014' atas sumbangannya terhadap pemantapan standard keselamatan maklumat negara ini.
BAE menerima anugerah itu daripada CyberSecurity Malaysia yang juga agensi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
"Anugerah ini adalah penghargaan terhadap dedikasi kumpulan BAE yang tidak kenal penat lelah demi memperkasa tahap industri keselamatan siber di negara ini.
"Aspek keselamatan siber itu kian rumit dan memerlukan pembabitan kerajaan, operator, vendor serta pengguna sendiri untuk mengurus dan mengurangkan ancaman penjenayah siber," kata Pengerusi CyberSecurity, Tan Sri Mohd Azumi Mohammed, dalam satu kenyataan hari ini.
Pengarah BAE Systems Applied Intelligence Bagi Rantau Asia, Mark Womble, berkata syarikat itu menumpukan usaha pemindahan keupayaan globalnya bagi pengesanan lebih terperinci terhadap ancaman siber.
"Kami berusaha bagi pembangunan ekonomi Malaysia menerusi usaha inovatif dan perkongsian berteraskan teknologi untuk memperkasa ekosistem keselamatan siber tempatan, termasuk perniagaan, pelanggan dan akademik," katanya.
Topic Berkaitan
#BAE Systems Applied Intelligence
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan