Bajet 2017 akan meliputi langkah untuk memperkasa dan memacu ekonomi negara dalam mendepani cabaran kelembapan ekonomi dunia ketika ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada industri yang terjejas akibat kemerosotan ekonomi dunia yang mengekang perdagangan antarabangsa.
"Nescaya perancangan dan olahan Bajet 2017 ini akan terus memperkasa dan memacu ekonomi negara untuk kesejahteraan rakya secara inklusif dan saksama," kata beliau pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai kedudukan ekonomi negara dan langkah untuk memperbaikinya.
Mengenai keadaan ekonomi negara, katanya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tumbuh 5.0 peratus tahun lepas, mengatasi negara serantau seperti Indonesia (4.8 peratus), Thailand (2.8 peratus) dan Korea Selatan (2.6 peratus).
Malah, Najib berkata ekonomi negara juga berkembang pada kadar yang lebih tinggi berbanding ekonomi dunia, yang berkembang pada kadar 3.2 peratus.
Bagi tahun ini katanya, ekonomi negara pada separuh pertama berkembang pada kadar 4.1 peratus dan diunjur berkembang pada kadar 4.0-4.5 peratus bagi 2016.
Katanya penurunan kadar pertumbuhan KDNK bagi tahun ini berbanding tahun lepas berpunca daripada momentum pertumbuhan ekonomi dunia yang agak lembab dan penurunan eksport Malaysia.
Selain itu, katanya kelemahan dalam pasaran antarabangsa juga menyebabkan harga komoditi seperti minyak, gas, kelapa sawit dan mineral turut merosot, selain perkembangan geopolitik di Eropah yang dikejutkan oleh Brexit, turut menambah ketidaktentuan ekonomi dunia.
Bagaimanapun, Najib berkata kerajaan tetap komited untuk mengurangkan defisit fiskal negara kepada 3.1 peratus tahun ini berbanding 3.2 peratus tahun lepas.
"Komitmen untuk mewujudkan defisit fiskal ini bukanlah perkara senang. Ia memerlukan disiplin fiskal yang tinggi dan perbelanjaan berhemah," katanya.
Perdana Menteri berkata perbelanjaan kerajaan bertumpukan kepada usaha bagi menarik pelaburan berimpak tinggi yang mampu untuk meningkatkan daya saing negara dan memangkin pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.
"Jelas, tindakan kerajaan setakat ini berjaya mengekalkan momentum ekonomi negara dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh serta disokong oleh kadar inflasi dan penganguran yang rendah," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2016
Ekonomi negara pada separuh pertama berkembang pada kadar 4.1 peratus dan diunjur berkembang pada kadar 4.0-4.5 peratus bagi 2016. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Hartal Doktor Kontrak: Kronologi lantikan pegawai perubatan kontrak
Hartal Doktor Kontrak menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji, serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap.
PM Najib umum kenaikan elaun, peruntukan tambahan RM20 juta kepada Rela
Peruntukan tambahan RM20 juta kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia adalah bagi pembelian uniform kepada kesemua anggota dan pegawainya.
PTPTN anjur Hari Mesra Pelanggan serentak di seluruh negara
Sambutan Hari Mesra Pelanggan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diadakan serentak di seluruh negara merupakan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan mereka.
PM Najib lancar MYREN-X
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan infrastruktur siber jalur lebar berkelajuan tinggi 100 gigabit sesaat Malaysian Research and Education Network di Universiti Malaya hari ini.
Insentif khas PTPTN untuk ibu bapa pelajar tahun satu
Keistimewaan itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2017 tahun lalu.
MOF jelaskan mengenai pengecualian cukai untuk badan agama
Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967 bertujuan untuk memastikan pendapatan mereka digunakan secara khusus bagi tujuan keagamaan dan amal.
TN50 digerakkan dari akar umbi, manfaatkan semua golongan - PM Najib
Hala tuju negara bagi tempoh tersebut akan lebih jelas lagi apabila TN50 telah ditetapkan dan bakal digerakkan mulai tahun depan.
DUN Perak lulus Bajet 2017, PAS pilih berkecuali
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan Enakmen Perbekalan atau Bajet Negeri Perak 2017 setelah dibahaskan empat hari oleh hampir kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) d
Muhyiddin hadir di Bukit Aman untuk diambil keterangan
Tan Sri Muhyiddin Yassin, tampil di ke Bukit Aman pagi tadi, bagi merakamkan percakapan berhubung ucapannya yang menyentuh tentang isu 1MDB di Parlimen baru-baru ini.
Bajet 2017: DBKL peruntuk RM2.87 bilion
Daripada peruntukan itu, sejumlah RM1.728 bilion disediakan bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.143 bilion bagi pembangunan.