Bajet 2017: PM umum bayaran khas RM500 kepada penjawat awam

Bernama
Oktober 22, 2016 01:58 MYT
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bayaran itu sebagai penghargaan atas khidmat terpuji para penjawat awam. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan yang akan dibayar pada awal Januari 2017.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bayaran itu sebagai penghargaan atas khidmat terpuji para penjawat awam.
BACA: Bajet 2017: Ucapan penuh PM Najib
Beliau berkata demikian ketika mengakhiri ucapan pembentangan Bajet 2017 bertajuk 'Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh' di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat. - BERNAMA
##Bajet2017 #Bajet 2017 #bayaran khas #penjawat awam