BISNES
Bajet 2018: Bayaran khas RM1,500 kepada penjawat awam
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bayaran khas berjumlah RM1,500 kepada penjawat awam.
Beliau dalam pembentangan Bajet 2018 petang tadi berkata, bayaran itu akan diberikan sebanyak dua kali, iaitu RM1,000 pada awal Januari depan, dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri.
"Manakala kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri," katanya.