KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan menyemak semula Bajet 2022 yang memperuntukkan sejumlah RM332.1 bilion.
Jelas beliau, kerajaan tidak perlu berbangga dengan mengemukakan belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara memandangkan ia melibatkan jumlah hutang yang besar.
Jika Bajet 2022 disemak, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, banyak lagi peruntukan dalam belanjawan tersebut yang boleh dikurangkan sekali gus meringankan beban hutang negara pada masa depan.
Antara semakan semula yang dicadangkan Dr Mahathir ialah mengguna pakai teknologi baharu dan melaksanakan penswastaan dalam sektor tertentu bagi mengurangkan perbelanjaan.
"Sebenarnya kerajaan sekarang perlu berhati-hati tidak membebankan kerajaan-kerajaan yang akan datang.
"Dalam Bajet (2022) tidak ada sebutan untuk mengurangkan perbelanjaan. Sebenarnya jika dikaji, ada kemungkinan peruntukan dikurangkan. Dalam bidang pendidikan, pertanian, telekomunikasi, perbelanjaan kerajaan boleh dikurangkan dengan mengguna teknologi baharu dan menswastakan," katanya ketika membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Selasa.
Membahaskan lagi, Dr Mahathir berkata, tindakan oleh pihak pentadbir (kerajaan) kadang-kala tidak menepati tujuan peruntukan, bahkan besar kemungkinan mereka tidak faham bagaimana peruntukan akan diguna.
Dalam masa sama, beliau menegaskan, budaya rasuah turut didakwa menjadi punca peningkatan kepada peruntukan kerajaan.
"Semua pihak tahu bahawa kelulusan sengaja dilambatkan atau tidak diberi ialah kerana pemohon
tidak menghulur sogokan.
"Sesungguhnya budaya rasuah sudah kembali dan ia tetap meningkat kos yang akan ditanggung oleh kerajaan.
"Terdapat sejenis rasuah apabila jawatan dicipta yang tidak penting dalam kerajaan. Yang diutamakan ialah penerima jawatan-jawatan ini menyokong kerajaan. Mereka pula diberi taraf menteri supaya taraf dan pendapatan lebih tinggi. Maka bertambahlah bajet dan hutang," ujar beliau.
Justeru, Dr Mahathir berkata membuat peruntukan tambahan sebagai cara menangani masalah tidak selalunya mencerminkan kebolehan dan kebijaksanaan para perancang atau keprihatinan kerajaan.
Beliau turut meminta Malaysia mencontohi Jepun dalam membendung penularan COVID-19.
Hasimi Muhamad
Tue Nov 02 2021
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, banyak lagi peruntukan dalam Bajet 2022 yang boleh dikurangkan. - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
Yayasan Prihatin SPRM, ELMU Foundation martabat profesion penguat kuasa
Yayasan Prihatin SPRM dan ELMU Foundation menandatangani MoU bagi memperkemas kerjasama kedua-dua pihak dalam melaksanakan program peningkatan integriti, profesionalisme dan kebajikan.
24 polis cedera, 39 penunjuk perasaan ditahan di Melbourne
Sekurang-kurangnya, 24 anggota polis cedera manakala 39 penunjuk perasaan anti-perang ditahan berhampiran Pameran Pertahanan Land Forces Melbourne pada Rabu.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Atlet Olimpik Tom Craig digantung 12 bulan
Pemain Hoki Olimpik Australia, Tom Craig digantung selama 12 bulan selepas disabit kesalahan kerana membeli dadah kokain semasa acara sukan olimpik Paris.
9 ditahan, lebih satu juta pil ekstasi dirampas
Pihak Polis Sepanyol merampas lebih daripada satu juta pil ekstasi dan menahan 9 orang termasuk warga Itali dalam sebuah operasi penumpasan sindiket dadah di Pulau Balearic, Ibiza pada Selasa.
Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara dan tengah Thailand, mengakibatkan empat kematian dan menjejaskan 14,328 isi rumah, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) pada Rabu.
Debat Trump-Harris: Reaksi berbaur Demokrat, Republikan
Calon naib presiden, J.D. Vance memberitahu media ucapan Harris tidak mempunyai "bahan sebenar", dan tidak kedengaran seperti seorang Naib Presiden Amerika Syarikat.
Trump sengaja naikkan kemarahan Harris - Penganalisis bahasa
Norma berkata fakta bahawa Trump memanggil Biden sebagai bos Harris, menunjukkan bahawa Trump sebenarnya sedang meremehkan kedudukan Harris.
Presiden AS: Sokongan Taylor Swift akan beri impak besar
Swift membuat pengesahan itu dalam catatan di Instagram dan akan mengundi Naib Presiden Amerika Syarikat itu dalam pilihan raya pada 5 November depan.
Malaysia tidak perlu bimbang persaingan China-AS
Ini terbukti berdasarkan sejarah perdamaian yang cuba diperjuangkan sebelum ini tidak dapat dicapai kerana AS sudah hilang kredibiliti.
Taufan Yagi: Angka korban dan hilang meningkat kepada 324 di Vietnam
Wilayah Lao Cai adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas dengan 72 kematian dan 111 orang masih hilang.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.
Kementerian Ekonomi akan mula inisiatif 'MADANI Mendengar', kumpul input rakyat untuk RMK-13
Kementerian Ekonomi bersedia untuk melancarkan siri sesi libat urus dan kumpulan berfokus di seluruh Malaysia bermula akhir bulan ini.
Pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya masih dalam peringkat kajian
Pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya masih dalam peringkat kajian dan belum dimuktamadkan bila ia akan dilaksanakan, kata Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Pindaan Akta 166 dijangka dibentang Oktober depan - BHEUU
Menurut BHEUU, satu Memorandum Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan persetujuan juga akan dibawa kelak bagi pindaan yang dicadangkan kepada Akta 166.
AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah bersiap sedia dalam segala aspek sejurus Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 diwartakan kelak.
Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah
KKR akan turun padang dengan lebih kerap untuk membantu kerajaan negeri Sabah memulihkan pakej-pakej kerja bagi Fasa 1A Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang dikategorikan bermasalah dan 'sakit'.
KSU kementerian diminta kemuka RUU baharu, pindaan 14 hari lebih awal
Ketua Setiausaha di semua kementerian diminta untuk mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) baharu atau pindaan RUU kepada Parlimen 14 hari lebih awal.
Kerajaan negeri dicadang masukkan peruntukan khas Speaker dalam bajet negeri
Semua kerajaan negeri dicadangkan agar memasukkan peruntukan khas berkaitan keraian untuk diberikan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bajet negeri masing-masing.
Ahli Parlimen tidak hadir persidangan Dewan Rakyat berisiko kehilangan elaun
Ahli Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk tempoh tertentu berisiko kehilangan elaun sebaik Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) berkuat kuasa.
Sidang Anak Muda K2K buka ruang golongan muda bersuara
Sidang Anak Muda Program Kita-Untuk-Kita (K2K) membuka peluang kepada golongan muda bersuara, mengemukakan pandangan serta mendalami konteks sidang Dewan Rakyat dengan lebih jelas.