awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angelina Jolie lawat sempadan Rafah di Mesir, tinjau usaha bantuan ke Gaza
Piala AFCON: Jurulatih Tunisia gesa ‘reset mental’ selepas aksi hambar peringkat kumpulan
Gol Danial Amier bantu Kuching City tewaskan Kelantan TRW 1-0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2021
13:02 MYT
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Tengku Zafrul berkata pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus juga diberikan kepada kenderaan elektrik. - Gambar/ Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus juga diberikan kepada kenderaan berkenaan.
Di samping itu, beliau berkata, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.
"Kerajaan melihat potensi EV yang memiliki ciri-ciri energy efficient vehicle sebagai usaha meminimum pencemaran asap kenderaan ke udara.
"Bagi menyokong pembangunan industri EV tempatan, kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan EV," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat di sini, pada Jumaat.
Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membentangkan Bajet 2022 berjumlah RM332.1 bilion yang menyaksikan peruntukan tertinggi dalam sejarah belanjawan negara.
Tengku Zafrul berkata, daripada jumlah itu RM233.5 bilion diperuntukkkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM75.6 bilion perbelanjaan pembangunan.
Topic Berkaitan
#bajet 2022
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#kenderaan elektrik
#duti import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan