KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi penekanan utama untuk mengembangkan pertumbuhan Malaysia dalam Bajet 2022 yang akan datang ketika negara bergerak ke arah pemulihan dan peralihan daripada pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), pendigitalan dan agenda wanita akan terus diberi keutamaan dalam Bajet 2022 yang bakal melengkapkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
"Pemulihan kita terjamin dan kita mempunyai laluan pertumbuhan yang mampan.
"Tujuannya adalah untuk meminimumkan parut ekonomi dan membantu mereka yang terkesan, yang mana PMKS dan wanita sudah pastinya antara kumpulan paling terjejas teruk di Malaysia disebabkan oleh pandemik itu," katanya pada majlis pelancaran Laporan Generasi Digital ASEAN yang diadakan secara maya hari ini.
Kerajaan setakat ini memperuntukkan bantuan kewangan bernilai RM6.1 bilion menerusi pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) untuk membantu lebih sejuta PMKS sejak pandemik COVID-19 melanda negara pada 2020.
Tengku Zafrul juga berkata kerajaan terus komited untuk membentuk semula sistem penjagaan kesihatan dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang bagi memastikan akses dan liputan kepada seluruh penduduk, sambil menambah perbelanjaan ke atas pelaburan penjagaan kesihatan akan ditingkatkan dengan perkongsian penjagaan kesihatan awam yang ditambah baik.
Beliau berkata pandemik telah memberi peluang kepada kerajaan di seluruh dunia untuk mengkaji semula dasar penjagaan kesihatan mereka.
Di ASEAN, purata perbelanjaan ke atas penjagaan kesihatan hanya kira-kira 4.0 peratus yang mana berada di bawah purata unjuran Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) antara 10 dan 12 peratus, katanya.
"COVID-19 telah mendedahkan ketidakupayaan ASEAN untuk menyelaraskan tindak balas efektif, jadi kita perlu melabur dalam pusat penyakit serantau, penyelidikan dan pembangunan vaksin dan memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai penyakit berjangkit, antara lainnya," katanya.
Tengku Zafrul berkata jumlah perbelanjaan kerajaaan bagi kesihatan meningkat sepanjang dekad lepas, hampir berganda daripada RM33 bilion atau 4.0 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2010 kepada kira-kira RM64 bilion atau lebih 4.3 peratus daripada KDNK pada 2019.
Pada 2021 sahaja, peruntukan bagi sektor ini meningkat kepada 5.0 peratus daripada KDNK, katanya.
Bajet 2022 akan dibentangkan di Parlimen pada 29 Okt, 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
Tengku Zafrul berkata perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), pendigitalan dan agenda wanita akan terus diberi keutamaan. - Gambar fail
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).