BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan bahawa Bajet 2023 yang akan dibentang semula bulan depan akan memenuhi keperluan setiap lapisan rakyat dan kumpulan masyarakat.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kandungan Bajet 2023 masih diperincikan lagi namun, kerajaan di bawah pentadbirannya tidak akan meminggirkan mana-mana pihak.
"Belum siap lagi (Bajet 2023), inilah masalahnya. Sarawak minta (peruntukan), Sabah pun minta (peruntukan).
"Di bawah (pentadbiran) saya, (M40) tidak dipinggirkan. B40 penting, tapi M40 juga kita akan berikan perhatian," katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan dua hari di sini, pada Rabu.
Hadir sama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Bajet 2023 akan dibentang semula di Dewan Rakyat pada Jumaat 24 Feb, 2023.
Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata Bajet 2023 yang bakal dibentang semula tidak akan terikat dengan perkara yang dibentang oleh kerajaan terdahulu.
Bagaimanapun, cadangan yang dibuat dalam belanjawan terdahulu tetap diambil kira dalam perangkaan Bajet 2023 yang baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) mengadakan sidang media pada akhir lawatan rasminya ke Brunei hari ini. - -Foto BERNAMA

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.

Pembersihan UMNO | Ini bukan pengakhiran, hanya permulaan - Hishammuddin
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan penggantungannya selama enam tahun daripada UMNO bukan lah satu pengakhiran. Sebaliknya, ahli Parlimen Sembrong itu dalam satu rakaman video memberi bayangan bahawa ia satu permulaan baharu. Beliau menambah, perbincangan akan dilakukan dengan kepimpinan UMNO Sembrong bagi melihat langkah seterusnya, hala tuju serta tindakan susulan penggantungan tersebut.

Isu bakar al-Quran: Malaysia ambil pendekatan edar sejuta naskhah al-Quran ke seluruh dunia
Malaysia ambil pendekatan yang dianggap paling memberikan faedah kepada Islam iaitu dengan mengedarkan lebih sejuta naskah al-Quran ke seluruh dunia.

Sekuriti makanan antara tumpuan Bajet 2023 - PM
Semua sektor industri perlu mengambil peranan besar dan diberi perhatian termasuk perusahaan kecil dan sederhana (IKS).

Beri ruang, namun kerajaan perlu segera tunai janji PRU15 - Rais Yatim
Mereka tidak boleh melengahkan dan perlu menyegerakan janji termasuk melaksanakan agenda reformasi agar usaha itu tidak dibiarkan begitu sahaja.

Malaysia Madani penting bagi pertumbuhan, kurangkan jurang ketidaksamaan - IDEAS
IDEAS berkata tema tersebut turut memberi penekanan terhadap usaha pembasmian kemiskinan, pertumbuhan mampan dan sokongan lanjut untuk PKS.

Joe Biden ucap tahniah kepada Anwar, puji demokrasi Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerka Syarikat Joe Biden,

10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia
PM saksikan 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia.

Protes tindakan bakar Al-Quran, 1,000 peserta berarak ke kedutaan Sweden
Hampir 1,000 peserta berhimpun secara aman dan berarak ke Kedutaan Sweden dari Masjid As-Syakirin KLCC selepas solat Jumaat sebagai tanda protes terhadap tindakan ahli politik Sweden Rasmus Paludan.

PM Anwar solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid, di sini.

Syor kaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam diteliti - PM Anwar
Kerajaan sedia melihat keperluan untuk mengkaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam bagi memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar.

Malaysia tidak tolak ansur perbuatan bakar teks, buku agama - PM Anwar
Rakyat Malaysia menghargai kemanusiaan dan menghormati hak setiap individu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.