KUALA LUMPUR: Seramai dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa berusia 21 tahun ke atas di negara ini bakal menerima manfaat program kredit e-dompet, e-Pemula yang akan dinaikkan jumlah kredit kepada RM200 tahun depan.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini berkata program itu diteruskan melibatkan peruntukan RM400 juta dan kenaikan daripada jumlah asal kredit RM150 adalah sebagai usaha penambahbaikan.
Selain itu, beliau berkata inisiatif penggajian di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut disediakan kepada majikan yang menggajikan beliau berumur 18 hingga 30 tahun yang mengganggur lebih tiga bulan
"Inisiataif ini turut dipanjangkan kepada majikan yang mengambil graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
"Bagi menggalakkan lebih ramai anak muda berniaga, sejumlah RM305 juta tersedia sebagai kemudahan pinjaman khusus untuk belia melalui SME Bank, Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga), Mara (Majlis Amanah Rakyat), BSN (Bank Simpanan Nasional) dan Agrobank," katanya.
Selain itu, Menteri Kewangan berkata dana RM50 juta disediakan menerusi BSN bagi Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia yang menawarkan pinjaman sehingga RM50,000 untuk 10,000 anak muda menjana pendapatan sendiri seperti mengusahakan trak makanan.
Bagi membantu belia B40 yang menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing, Tengku Zafrul berkata kerajaan bersetuju menanggung bayaran lesen di bawah program MyPSV serta bayaran lesen memandu motosikal kelas B2.
"Bagi menggalakkan belia bekerja, Skim TEKUN Belia Mobilepreneur diteruskan dengan dana RM10 juta bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal," katanya.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang membantu belia mendapatkan pakej prabayar langganan pelan data Internet dengan RM30 bagi tempoh tiga bulan dilanjutkan hingga April 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022
Program e-Pemula diteruskan melibatkan peruntukan RM400 juta dan kenaikan daripada jumlah asal kredit RM150 adalah sebagai usaha penambahbaikan. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: IHPR meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
Dua juta belia bakal terima kredit e-tunai RM150 menerusi e-Pemula
Sekitar dua juta belia bakal menerima kredit e-tunai sebanyak RM150 setiap seorang menerusi inisiatif e-Pemula yang akan bermula pertengahan April ini.