awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2023: Fokus pembangunan ekosistem syarikat pemula

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
07/10/2022
00:30 MYT
Bajet 2023: Fokus pembangunan ekosistem syarikat pemula
Teknologi juga memainkan peranan penting dalam membantu rakyat untuk mengubah nasib hidup mereka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bajet 2023 harus memberikan peruntukan khusus untuk pembangunan ekosistem syarikat pemula.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hiredly, Derek Toh, selain itu bajet harus juga memberi tumpuan kepada insentif pengambilan pekerja di Malaysia.
“Kita memerlukan ekosistem pembiayaan yang lebih teguh untuk membantu syarikat pemula untuk terus berkembang maju.
“Selain itu sekiranya kerajaan bersedia untuk melabur lebih banyak dalam membangunkan kemahiran insaniah rakyat melalui geran dan latihan, ia pastinya dapat melahirkan lebih ramai pemain-pemain industri yang pakar di Malaysia (termasuk dalam sektor syarikat pemula),” menurut Derek dalam temu bual eksklusif program Notepad bersama Ibrahim Sani.
Melihat kepada solusi jangka panjang, Derek berharap lebih ramai usahawan diperkasa supaya peluang pekerjaan dapat diwujudkan sekaligus mengurangkan kadar pengangguran negara.
Derek berkata teknologi juga memainkan peranan penting dalam membantu rakyat untuk mengubah nasib hidup mereka dan mampu melibatkan diri dalam industri baharu dan mengangkat ekonomi mereka.
Beliau pada masa sama melahirkan rasa optimis terhadap pemulihan ekonomi berdasarkan data ekonomi sedia ada.
“Saya sangat optimis memandangkan ekonomi negara seperti sudah kembali pulih dan teruja untuk melihat apa yang akan dibentangkan dalam Bajet 2023.
Selaku pengasas platform pencarian kerja, beliau mengharapkan lebih ramai rakyat Malaysia diterima kerja dalam tempoh pemulihan ekonomi ketika ini.
Topic Berkaitan
#Derek Toh
#Bajet 2023
#syarikat pemula
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan