awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi

Bernama
Bernama
29/09/2022
05:29 MYT
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
Bajet 2023 yang dijadual dibentangkan di Parlimen minggu depan, dijangka mengekalkan objektif teras kerajaan untuk membina semula dan mengukuhkan ekonomi negara selepas pandemik.
KUALA LUMPUR: Bajet 2023 yang dijadual dibentangkan di Parlimen minggu depan, dijangka mengekalkan objektif teras kerajaan untuk membina semula dan mengukuhkan ekonomi negara selepas pandemik.
Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) percaya walaupun terdapat ura-ura menyatakan pilihan raya umum (PRU) semakin hampir, pembentangan belanjawan yang akan datang ini masih akan menumpukan kepada membina semula ekonomi negara.
"(Pada pendapat saya), ia mungkin belanjawan yang memuaskan, tetapi ini tidak seharusnya mengalih perhatian kita daripada memberi tumpuan kepada membina semula ekonomi negara dan memastikan kita berada di laluan pemulihan yang betul selepas pandemik," katanya semasa program "The Brief" Bernama TV yang disiarkan pada hari Rabu.
Mengenai saiz belanjawan, Nuradli berkata peruntukan belanjawan tahun ini mungkin lebih kurang sama dengan tahun lepas, tetapi dengan defisit yang lebih rendah sedikit berbanding kira-kira 6.0 peratus dalam Bajet 2022.
"Tahun ini, ia (defisit) mungkin tidak setinggi belanjawan sebelumnya, kerana matlamat 'belanjawan yang baik' bukan untuk mengalami defisit yang sangat besar," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bajet 2023
#Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali
#USIM
#Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan