KOTA KINABALU: Peningkatan RM1.1 bilion kepada Sabah menerusi Bajet 2023 menimbulkan kebimbangan sama ada ia mencukupi untuk memenuhi keperluan mendesak negeri itu, kata Datuk Christina Liew.
Sambil menyambut baik peningkatan minumum itu, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah berharap Kerajaan Pusat akan mengotakan janji untuk memberi keutamaan bagi meningkatkan kemudahan kesihatan di Sabah.
Menurutnya, RM36.1 bilion diperuntukkan untuk Kementerian Kesihatan (KKM) yang mana RM420 juta diperuntukkan bagi membaik pulih hospital dan klinik kesihatan daif selain perolehan peralatan perubatan baharu.
"Jumlah itu untuk seluruh negara, dan bukan hanya untuk Sabah yang mana kira-kira 326 klinik kesihatan memerlukan penambahbaikan segera (seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semasa lawatan beliau ke Sabah baru-baru ini).
"Selain itu, Hospital Tawau dan Hospital Duchess of Kent akan dinaik taraf menjadi hospital pakar utama dengan perkhidmatan kepakaran tambahan. Hal ini yang membimbangkan saya sama ada ia mencukupi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Selain itu, Christina yang juga Ahli Parlimen Tawau meragui peruntukan RM1.1 bilion bagi membaik pulih sekolah daif di Sabah dan Sarawak mencukupi memandangkan Sabah sahaja mempunyai jumlah sekolah daif yang banyak.
Mengenai peruntukan RM1.3 bilion untuk Digital Nasional Bhd meningkatkan liputan internet 5G di seluruh negara, Christina menegaskan bahawa pelajar di Sabah, terutamanya di sekolah luar bandar, masih bergelut dengan sambungan internet.
"Berdasarkan laporan media, sebanyak 52 sekolah di Sabah tidak mempunyai capaian internet asas (apatah lagi 4G atau 5G)," katanya.
Selain itu, beliau kesal apabila Bajet 2023 yang disifatkan inklusif tidak memasukkan sebarang skim bantuan untuk mangsa banjir dan kebakaran.
Bagaimanapun, beliau memuji pengumuman Menteri Kewangan bahawa kerajaan akan menambah baik infrastruktur di tujuh lapangan terbang di Sabah dan Sarawak.
Astro Awani
Sat Oct 08 2022
Christina (gambar) berkata, Peningkatan RM1.1 bilion kepada Sabah menerusi Bajet 2023 menimbulkan kebimbangan sama ada ia mencukupi untuk memenuhi keperluan mendesak negeri itu.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.