awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2023: Kerajaan tambah baik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau

Bernama
Bernama
07/10/2022
11:51 MYT
Bajet 2023: Kerajaan tambah baik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah baik skim pembiayaan teknologi hijau (GTFS) dengan meningkatkan nilai jaminan kepada RM3 bilion sehingga 2025 serta meluaskan skop pembiayaan khususnya kepada sektor kenderaan elektrik (EV) dengan had jaminan sehingga 60 peratus.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, selain itu, tahap jaminan pembiayaan sektor sisa akan turut ditingkatkan kepada 80 peratus.
"Melalui Dana Impak, Khazanah Nasional Bhd akan menyediakan RM150 juta bagi merancakkan pembangunan projek mesra alam termasuk menyokong pasaran karbon dan restorasi hutan terosot," katanya ketika membentangkan Bajet 2023 bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' di Dewan Rakyat hari ini.
Sebagai langkah berterusan menyokong penggunaan EV, beliau berkata kerajaan bercadang untuk melanjutkan pengecualian duti import dan eksais ke atas EV jenis import sehingga Dis 31, 2024 dan pengecualian fi permit import bagi pengimportan EV sehingga 31 Dis, 2023," katanya.
Tengku Zafrul berkata pengilang peralatan pengecasan EV pula diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun mulai tahun taksiran 2023 sehingga tahun taksiran 2032 dan elaun cukai pelaburan sebanyak 100 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skim pembiayaan teknologi hijau
#Bajet 2023
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Dana Impak Khazanah Nasional Bhd
#Keluarga Malaysia Makmur Bersama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan