BISNES
Bajet 2023: Membina daya tahan rakyat dan ekonomi negara
Konsep berpandukan 3R iaitu Responsive (responsif), Responsible (bertanggungjawab) dan Reformist (reformis) ini adalah satu pendekatan yang dirancang dengan teliti, kata Tengku Zafrul. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pendekatan baharu diperkenalkan menerusi Bajet 2023 disifatkan sebagai langkah komprehensif yang tidak hanya terus memperkukuhkan pemulihan ekonomi negara, sebaliknya, turut membina daya tahan rakyat dan perniagaan untuk kalis cabaran masa hadapan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, konsep berpandukan 3R iaitu Responsive (responsif), Responsible (bertanggungjawab) dan Reformist (reformis) ini adalah satu pendekatan yang dirancang dengan teliti.
“Dalam membina daya tahan negara, kita perlu mengusahakan kemampanan dan tanggungjawab fiskal termasuk pengurusan hutang yang berhemah serta kemampanan hasil, menangani ketirisan serta memperkasakan kesihatan awam dan membina kapasiti pertahanan awam.
“Tapi kita perlu belajar dari pengalaman lepas dengan memastikan isu sekuriti makanan, kesiapsiagaan menghadapi bencana alam contohnya banjir, keselamatan siber dan transaksi digital. Pendekatan kita amat holistik dan merangkumi pelbagai aspek ‘kesihatan’ ekonomi,” kata Tengku Zafrul.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu bagi program Agenda AWANI pada Ahad.