BISNES
Bank Dunia positif terhadap strategi penyatuan fiskal Malaysia
Apurva Sanghi menekankan faedah penyatuan belanjawan iaitu mengurangkan defisit dan hutang kerajaan dan menekankan kepentingan pendekatan yang seimbang. - Bernama
KUALA LUMPUR: Bank Dunia mengiktiraf usaha kerajaan untuk melindungi kemampanan fiskal jangka panjang Malaysia, bagaimanapun mengekalkan pendirian berhati-hati terhadap perbelanjaan pembangunan (DE) yang lebih rendah digariskan dalam Belanjawan 2026.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia Dr Apurva Sanghi menekankan faedah penyatuan belanjawan iaitu mengurangkan defisit dan hutang kerajaan dan menekankan kepentingan pendekatan yang seimbang.
"Jika anda mengambil perspektif jangka panjang, bandingkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dengan RMK13, kami mendapati DE sebenarnya telah turun.
"Purata DE tahunan dalam RMK12 ialah 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dalam RMK13 pula adalah 3.3 peratus setahun," katanya ketika ditemui Bernama di luar Debat Pasca-Belanjawan 2026 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia, hari ini.
Sanghi merupakan salah seorang ahli panel pada sesi berkenaan sempena Belanjawan 2026 yang dibentangkan di Parlimen, Jumaat lepas.
Antara ahli panel lain ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican; Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan MNRB Holdings Bhd Durraini Baharuddin; Profesor Madya di School of Politics, International Relations and Economics, University of Nottingham Malaysia Dr Tricia Yeoh dan Pengarah Eksekutif Tratax Sdn Bhd Thenesh Kannaa.
Pada 2024, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM90 bilion untuk DE negara, dalam Belanjawan 2026, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM81 bilion untuk DE persekutuan.
"Perbelanjaan pembangunan telah menurun, dan itu adalah antara cara kerajaan mencapai sasaran defisit fiskalnya tetapi kami percaya bahawa mengurangkan pembangunan bukan cara yang ideal untuk mencapainya," kata Sanghi.
Sementara itu, mengulas bagaimana Belanjawan 2026 akan membantu syarikat tempatan menghadapi kelembapan dan ketidaktentuan ekonomi global, Johan berkata Belanjawan 2026 memberi penekanan yang jelas pada sektor keutamaan dan menyediakan sokongan pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menyelaraskan strateginya dengan rangka kerja Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
"Tumpuan utama diberikan merentasi pelbagai sektor walaupun tidak jelas, daripada ucapan utama dalam Belanjawan 2026. Perdana Menteri menekankan sektor semikonduktor, bidang yang bukan sahaja menerima peruntukan kerajaan, ia turut mendapat pembiayaan dan pelaburan daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan," katanya.
Johan juga berkata bidang lain yang diberi penekanan termasuk peralihan tenaga ke arah lebih banyak sumber boleh diperbaharui serta ekosistem syarikat pemula niaga.
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!