awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York bermula susulan rundingan kontrak gagal
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Dunia unjur ekonomi Malaysia tumbuh 5.5 peratus pada 2022

Bernama
Bernama
05/04/2022
04:31 MYT
Bank Dunia unjur ekonomi Malaysia tumbuh 5.5 peratus pada 2022
Pada tahun lepas, Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 5.8 peratus bagi 2022 berbanding 3.1 peratus pada 2021.
KUALA LUMPUR: Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang pada 5.5 peratus tahun ini, dipacu oleh pemulihan dalam permintaan domestik serta pengembangan eksport.
Bagaimanapun, ia turut mengingatkan bahawa pertumbuhan itu berkemungkinan lebih perlahan kepada 4.8 peratus sekiranya keadaan global terus meruncing di tengah-tengah konflik ketenteraan Rusia-Ukraine, langkah mengetatkan dasar kewangan di Amerika Syarikat serta kelembapan struktur yang ketara di China.
"Walaupun ekonomi dijangka berada di landasan pemulihan, faktor-faktor seperti COVID-19, inflasi makanan dan ancaman banjir dijangka terus memberi tekanan terhadap kemajuan serta kesejahteraan golongan miskin dan mudah terjejas," kata Bank Dunia dalam laporan Kemas Kini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik (EAC) April 2022 bertajuk 'Braving the Storm,' hari ini.
Pada tahun lepas, Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 5.8 peratus bagi 2022 berbanding 3.1 peratus pada 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#pemulihan dalam permintaan domestik
#ekonomi malaysia
#eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan