BISNES
Bank Islam perkukuh usahawan mikro melalui program iTEKAD
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam,Mohd Muazzam Mohamed sewaktu melancarkan Hab Usahawan iTEKAD pertama di University College Bestari (UCB), Terengganu.
KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) terus memperkukuh komitmennya dalam membangunkan golongan usahawan mikro melalui Program Pembangunan Keusahawanan iTEKAD yang dilaksanakan menerusi platform kewangan sosial Sadaqa House.
Inisiatif ini telah diperkenalkan sejak tahun 2020 dengan matlamat membantu golongan B40 yang kurang mendapat akses perbankan agar menjadi lebih berdaya saing dan seterusnya layak menerima pembiayaan.
Menurut Pengarah Kewangan Sosial Bank Islam, Mohd Zikri Mohd Shairy, program ini bukan sekadar memberi bantuan kewangan, tetapi turut menyediakan bimbingan perniagaan dan pendidikan pengurusan kewangan bagi memastikan usahawan mikro mampu menjana pendapatan yang mampan.
Beliau menjelaskan, sokongan menyeluruh ini penting untuk memperkukuh pengurusan kewangan dan kemahiran perniagaan, sekali gus meningkatkan daya tahan ekonomi golongan berpendapatan rendah.
"Sejak dilancarkan, iTEKAD telah memberi impak besar kepada komuniti usahawan mikro.
"Bank Islam telah menyalurkan RM2.5 juta kepada 451 usahawan melalui Geran Perniagaan BangKIT, RM19.9 juta kepada 1,044 usahawan melalui skim iTEKAD BangKIT, dan RM23.5 juta kepada 562 usahawan melalui iTEKAD Maju sehingga 30 September 2025," jelasnya.
Hasil daripada latihan dan pemantauan rakan kolaborasi, seramai 733 usahawan mencatat peningkatan ketara dalam jualan dan pendapatan bersih.
Malah, seorang usahawan di bawah program iTEKAD Maju telah berjaya memohon pembiayaan PKS Bank Islam, menandakan kejayaan usaha menjadikan mereka pelanggan perbankan sepenuhnya.
Mohd Zikri turut menekankan bahawa inisiatif ini selaras dengan visi Bank Islam untuk memperkukuh kewangan sosial melalui Sadaqa House.
"Kewangan sosial bukan sahaja memberi impak kepada keusahawanan mikro, tetapi juga merangkumi biasiswa pendidikan dan projek pembangunan komuniti, dengan matlamat membina masyarakat inklusif di mana setiap individu mempunyai peluang untuk maju," katanya.
Mengulas mengenai perancangan masa depan, Bank Islam akan melaksanakan Penilaian Pelaburan Impak Sosial atau Social Return on Investment bermula hujung tahun ini bagi memastikan keberkesanan program iTEKAD.
Hasil penilaian ini akan digunakan untuk memperkukuh rangka program dan memperkenalkan platform digital kepada usahawan.
Dengan 13 hab usahawan yang telah diwujudkan di seluruh negara, Bank Islam optimis bahawa pada tahun 2026 lebih ramai usahawan mikro akan mendapat manfaat daripada modal dan bimbingan yang disediakan, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan masyarakat setempat.
Program iTEKAD bukan sahaja menjadi pemangkin kepada pertumbuhan inklusif, tetapi juga membuktikan bahawa pendekatan kewangan sosial mampu membawa perubahan yang mampan kepada golongan rentan.
"Bank Islam kekal komited untuk memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi negara," tambah beliau ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI.