awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
Rezeky Tomyam 1 raih liputan promosi meluas selepas dinobatkan Pemenang Utama Pertama Kempen Astro BizOne Rewards
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Islam tempatan atasi prestasi bank konvensional, Malaysia kekal pasaran sukuk terbesar - Moody's

Bernama
Bernama
06/03/2024
20:15 MYT
Bank Islam tempatan atasi prestasi bank konvensional, Malaysia kekal pasaran sukuk terbesar - Moody's
Moody's juga berkata, pemberian lesen perbankan Islam digital juga akan turut menyokong pertumbuhan sektor itu. - Gambar fail/EPA
KUALA LUMPUR: Bank-bank Islam di Malaysia dijangka terus mengatasi rakan-rakan konvensional, dipacu oleh sokongan dasar untuk sektor itu dan kesedaran awam yang semakin meningkat serta sudah biasa dengan produk-produk Islam, kata Moody's Investors Service.
Agensi penarafan kredit itu berkata, bank-bank Islam selalunya merupakan sebahagian daripada kumpulan perbankan Malaysia yang lebih besar yang menggunakan strategi pertumbuhan "Mendahulukan Islam", menawarkan produk-produk Islam terlebih dahulu kepada pelanggan baharu dan sedia ada di semua lapisan perniagaan.
"Sebagai hasilnya, pembiayaan Islam meningkat 4.5 peratus bagi tahun sehingga kini pada 2023, diterjemahkan kepada kadar penembusan sebanyak 41.2 peratus setakat September 2023 daripada 40.7 peratus tahun sebelumnya," katanya dalam nota penyelidikan pada Rabu.
Moody's juga berkata, pemberian lesen perbankan Islam digital juga akan turut menyokong pertumbuhan sektor itu.
Ia berkata, pertumbuhan aset kewangan Islam akan terus mengatasi pertumbuhan aset konvensional dan aset perbankan Islam terus berkembang dengan mantap, disokong oleh aktiviti ekonomi yang kukuh di Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan di Asia Tenggara dipacu oleh harga hidrokarbon yang tinggi, aliran masuk pelaburan yang mampan, agenda-agenda kepelbagaian dan pertumbuhan demografi.
"Arab Saudi (penarafan A1 positif) kekal sebagai pasaran kewangan Islam terbesar, diikuti oleh Malaysia (A3 stabil) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) (Aa2 stabil)," katanya.
Moody's berkata, terbitan sukuk meningkat tiga peratus pada 2023 kepada US$200 bilion (AS$1 = RM4.74) hasil daripada terbitan korporat yang kukuh dipacu oleh UAE dan Arab Saudi serta volum jangka pendek yang lebih tinggi di Malaysia.
"Malaysia kekal sebagai pasaran terbesar bagi sukuk, diikuti Arab Saudi dan Indonesia," tambahnya.
Moody's berkata terbitan sukuk di Asia Tenggara merosot enam peratus kepada AS$101.7 bilion pada 2023, dengan terbitan di Indonesia, yang sangat bergantung kepada aktiviti sukuk berdaulat, turun 39 peratus tahun ke tahun akibat aktiviti-aktiviti prapembiayaan pada 2022 .
"Di Malaysia terbitan meningkat sedikit apabila menurun 32 peratus tahun ke tahun dalam terbitan korporat jangka panjang sebahagiannya diimbangi oleh pertumbuhan sembilan peratus dalam aktiviti sukuk berdaulat dan pasaran sukuk jangka pendek yang dinamik, yang meningkat semula sebanyak 23 peratus tahun ke tahun pada 2023," tambahnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank-bank Islam di Malaysia
#Moody's Investors Service
#produk islam
#agensi penarafan kredit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan