Pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.00 peratus.
Pada masa yang sama, kadar tertinggi dan terendah bagi koridor OPR juga dikurangkan, masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.
Ekonomi global terus mencatat kadar pertumbuhan yang lebih sederhana, merentas ekonomi maju utama dan ekonomi sedang pesat membangun.
Di Asia, kelemahan sektor luaran yang berterusan telah memberi kesan kepada pertumbuhan, meskipun permintaan dalam negeri kekal menyokong pertumbuhan ekonomi.
Melangkah ke hadapan, tanda-tanda semakin nyata bahawa momentum pertumbuhan ekonomi utama menjadi semakin sederhana.
Prospek pertumbuhan global rentan kepada risiko pertumbuhan menjadi lebih rendah berikutan kesan yang mungkin timbul daripada referendum EU di United Kingdom.
Pasaran kewangan antarabangsa juga terdedah kepada turun naik yang lebih ketara pada masa akan datang. Sehubungan dengan ini, keadaan monetari global dijangka kekal sangat akomodatif.
Bagi Malaysia, permintaan dalam negeri terus menjadi pemacu pertumbuhan utama. Penggunaan swasta akan disokong oleh pertumbuhan dalam pendapatan dan guna tenaga, serta langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan.
Sungguhpun pelaburan dalam sektor minyak dan gas semakin sederhana, pelaburan keseluruhan dijangka disokong oleh pelaksanaan projek-projek infrastruktur dan perbelanjaan modal dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Eksport dijangka kekal lemah berikutan permintaan yang lembap daripada negara perdagangan utama Malaysia.
Secara keseluruhan, meskipun ekonomi negara dijangka terus berkembang pada tahun 2016 dan 2017, persekitaran global yang tidak menentu mungkin akan memberi kesan terhadap prospek pertumbuhan Malaysia.
Inflasi adalah lebih rendah berikutan luputnya kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax, GST) pada bulan April 2015 dan dijangka kekal stabil dalam keadaan harga tenaga dan komoditi yang lembap serta inflasi global yang pada amnya rendah.
Sehubungan dengan itu, inflasi diunjurkan lebih rendah pada 2 – 3 peratus pada tahun 2016, berbanding dengan unjuran awal pada 2.5 – 3.5 peratus dan terus stabil pada tahun 2017.
Keadaan kewangan domestik secara keseluruhan kekal stabil sejak mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari sebelum ini dan pasaran kewangan terus berfungsi dengan teratur.
Risiko ketidakseimbangan kewangan telah reda. Langkah-langkah kehematan makro dan mikro yang dilaksanakan serta pengawasan penyeliaan telah mewujudkan piawaian pinjaman yang lebih berhemat dan membendung aktiviti spekulatif dalam pasaran harta tanah.
Pelarasan terhadap OPR bertujuan memastikan tahap akomodatif monetari kekal konsisten dengan pendirian dasar bagi memastikan ekonomi dalam negeri terus berada pada landasan pertumbuhan yang mampan dalam keadaan inflasi yang stabil, disokong oleh pengantaraan kewangan yang kukuh dalam ekonomi.
MPC akan terus memantau dan menilai keseimbangan risiko terhadap prospek pertumbuhan domestik dan inflasi.
Bank Negara Malaysia
13 Julai 2016
Media Statement
Wed Jul 13 2016
Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.00 peratus. -Gambar fail
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang merancang pelan tindakan yang bertujuan merangsang kebebasan ekonomi golongan asnaf.
Rusia adakan raptai perarakan hari kemenangan
Tentera Rusia telah mengadakan raptai bagi menyambut perarakan hari kemenangan negara tersebut yang akan datang di Moscow.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Tiada pengangkutan lain, jemaah Malaysia hanya guna bas
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin maklumkan, 31,600 jemaah haji Malaysia hanya akan menggunakan bas sebagai pengangkutan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji pada tahun ini, 1445H/2024M.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi
Sultan Sharafuddin yang merupakan Penaung Selangor FC dan Pengerusi Selangor FC,
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.