BISNES
Bank Negara teruskan pelaksanaan inisiatif utama pacu pendigitalan - Gabenor
Abdul Rasheed berkata BNM telah bertindak menerbitkan Kertas Perbincangan mengenai Kecerdasan Buatan (AI) hari ini yang menggariskan pendekatan dalam kawal selia dan pembangunan, termasuk bidang keutamaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) meneruskan pelaksanaan beberapa inisiatif utama bagi memacu pendigitalan di negara ini memandangkan sistem itu memerlukan lebih daripada sekadar teknologi serta model perniagaan baharu.
Ringkasan AI
Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata bank pusat itu telah bertindak menerbitkan Kertas Perbincangan mengenai Kecerdasan Buatan (AI) hari ini yang menggariskan pendekatan dalam kawal selia dan pembangunan, termasuk bidang keutamaan untuk kerjasama diterajui industri serta penerimagunaan AI yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan kewangan.
"Menjelang akhir tahun ini, kita akan menerbitkan Draf Pendedahan mengenai Kewangan Terbuka yang menetapkan visi (BNM) bagi ekosistem perkongsian data yang dipacu oleh data serta mendapat kebenaran pelanggan.
"Kita akan turut menerbitkan Kertas Perbincangan mengenai Tokenisasi Aset (pengewangan token) yang menggariskan potensi kes penggunaan serta langkah perlindungan dalam memastikan penerimagunaan yang selamat," katanya ketika berucap pada acara perasmian Minggu Fintech Malaysia (MyFintech Week) 2025 di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- BNM perkenal inisiatif AI dan tokenisasi aset: Bank Negara Malaysia menerbitkan Kertas Perbincangan mengenai AI serta merancang menerbitkan dokumen berkaitan tokenisasi aset untuk menggalakkan pembangunan teknologi yang selamat dan bertanggungjawab dalam sektor kewangan.
- Fokus pada Kewangan Terbuka: Menjelang akhir 2025, BNM akan mengeluarkan Draf Pendedahan bagi membentuk ekosistem perkongsian data yang mendapat kebenaran pelanggan, selaras dengan visi kewangan terbuka.
- Pendigitalan bukan sekadar teknologi: BNM tekankan bahawa pendigitalan memerlukan lebih daripada teknologi dan model bisnesia memerlukan kerjasama industri serta kerangka kawal selia yang kukuh.
Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata bank pusat itu telah bertindak menerbitkan Kertas Perbincangan mengenai Kecerdasan Buatan (AI) hari ini yang menggariskan pendekatan dalam kawal selia dan pembangunan, termasuk bidang keutamaan untuk kerjasama diterajui industri serta penerimagunaan AI yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan kewangan.
"Menjelang akhir tahun ini, kita akan menerbitkan Draf Pendedahan mengenai Kewangan Terbuka yang menetapkan visi (BNM) bagi ekosistem perkongsian data yang dipacu oleh data serta mendapat kebenaran pelanggan.
"Kita akan turut menerbitkan Kertas Perbincangan mengenai Tokenisasi Aset (pengewangan token) yang menggariskan potensi kes penggunaan serta langkah perlindungan dalam memastikan penerimagunaan yang selamat," katanya ketika berucap pada acara perasmian Minggu Fintech Malaysia (MyFintech Week) 2025 di sini, hari ini.
-- BERNAMA

#Bank Negara Malaysia
#pacu pendigitalan
#Gabenor Bank Negara
#Abdul Rasheed Ghaffour
#kecerdasan buatan