awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
Spotify tambah jualan buku fizikal, lancar ciri penyelarasan Page Match
Penjual lembu didakwa bunuh guru perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Pembangunan lantik Muzaffar Hisham sebagai CEO berkuat kuasa hari ini

Bernama
Bernama
18/05/2025
06:30 MYT
Bank Pembangunan lantik Muzaffar Hisham sebagai CEO berkuat kuasa hari ini
Muzaffar berazam memperkukuh peranan BPMB sebagai institusi kewangan pembangunan utama negara dan menyokong kemajuan sosioekonomi serta agenda kemampanan Malaysia. - Gambar/ Dagang News
KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) melantik Datuk Muzaffar Hisham sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu kumpulan itu berkuat kuasa serta-merta.

Ringkasan AI
  • Datuk Muzaffar Hisham dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) berkuat kuasa serta-merta.
  • Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam sektor perbankan serantau, termasuk perbankan Islam, pelaburan, dan pengurusan aset, serta pernah menjadi CEO Kumpulan Maybank Islamic.
  • Muzaffar berazam memperkukuh peranan BPMB sebagai institusi kewangan pembangunan utama negara dan menyokong kemajuan sosioekonomi serta agenda kemampanan Malaysia.

Sebelum menyertai BPMB, Muzaffar memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Maybank Islamic Banking.
Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam perbankan serantau dengan rekod prestasi cemerlang dalam memacu pertumbuhan perniagaan dan strategi wilayah merentasi pelbagai sektor termasuk perbankan borong dan runcit, perbankan pelaburan, perbendaharaan, pengurusan aset serta berjaya memenuhi keperluan pelanggan.
Pengerusi BPMB Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata mereka berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan Muzaffar, kepimpinannya dan pemahaman mendalam mengenai landskap perkhidmatan kewangan akan memainkan peranan penting dalam memacu hala tuju strategik bank itu.
"Kami yakin di bawah kepimpinannya, BPMB akan terus memainkan peranan penting dalam memacu agenda pembangunan negara Malaysia dan menyampaikan nilai jangka panjang untuk pemegang kepentingan kami," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Muzaffar berkata adalah satu penghormatan untuk menyertai BPMB ketika ini ini dan berharap dapat bekerjasama dengan ahli lembaga pengarah, pengurusan dan pihak berkepentingan bagi mengukuhkan peranan bank sebagai institusi kewangan pembangunan utama yang menyokong kemajuan sosioekonomi dan cita-cita kemampanan Malaysia.
"Saya komited untuk mengetuai usaha bersama bank ini dalam menghasilkan impak untuk pembangunan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Pembangunan Malaysia
#BPMB
#muzaffar hisham
#CEO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami