BISNES
Bank Pusat Eropah kekalkan kadar faedah
Lagarde bercakap kepada media di ibu pejabat ECB di Frankfurt, Jerman, 11 Sept 2025. (Foto AP)
FRANKFURT: Bank Pusat Eropah (ECB) mengekalkan kadar faedah di zon euro, dengan kadar deposit utama yang penting bagi bank dan penyimpan, pada paras dua peratus, menurut bank pusat berpusat di Frankfurt itu pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
ECB turut mengekalkan kadar faedah dalam keputusan terdahulu pada Julai, susulan persekitaran yang amat tidak menentu berikutan pertikaian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), seperti yang ditekankan Presiden ECB Christine Lagarde ketika itu.
Kini Eropah berdepan krisis kerajaan di Perancis berikutan langkah penjimatan yang dirancang. Kebimbangan meningkat bahawa tahap hutang Perancis, ekonomi kedua terbesar zon euro, boleh menjadi tidak terkawal.
Dalam keadaan ini, ECB mengambil pendekatan tunggu dan lihat selepas beberapa siri pemotongan kadar faedah. Sebelum Julai, ECB telah menurunkan kadar faedah sebanyak lapan kali dalam tempoh setahun.
Sehingga musim bunga 2024, kadar deposit yang diterima bank apabila menyimpan wang di ECB adalah dua kali ganda lebih tinggi, iaitu pada paras empat peratus.
Ramai pakar ekonomi menjangkakan ECB tidak akan membuat pelarasan kadar lagi tahun ini kerana inflasi yang sebelum ini melonjak kini terkawal - pada Ogos, kadar inflasi di zon euro ialah 2.1 peratus, dalam julat sasaran ECB - dan ekonomi zon euro kekal kukuh meskipun berdepan tarif lebih tinggi dari AS.
Memandangkan pelbagai krisis yang berlaku, langkah ini menunjukkan bank pusat mahu mengekalkan semua opsyen terbuka.
-- BERNAMA