Bank sedia bantu peminjam yang terjejas akibat banjir

Bernama
Disember 19, 2021 09:37 MYT
Butiran lanjut akan dikongsi oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Persatuan Institusi Kewangan Pembanguna dan bank-bank yang terlibat dalam masa terdekat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sektor perbankan bersedia menawarkan program bantuan pembayaran kepada peminjam yang terkesan akibat banjir, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata butiran lanjut akan dikongsi oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM) dan bank-bank yang terlibat dalam masa terdekat.
Ini adalah hasil daripada perbincangan Kementerian Kewangan (MOF) dengan Bank Negara Malaysia (BNM), ABM, AIBIM dan ADFIM, katanya dalam kenyataan hari ini.
LAPOR LANGSUNG: Bencana Banjir 2021: Segerakan usaha menyelamat
-- BERNAMA
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz #Pesatuan Bank-Bank Dalam Malaysia #Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia #Kementarian Kewangan