awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank-bank Malaysia berkedudukan kukuh depani COVID-19

Bernama
Bernama
20/05/2020
21:38 MYT
Bank-bank Malaysia berkedudukan kukuh depani COVID-19
Penurunan kadar dasar semalaman oleh Bank Negara Malaysia tahun ini dijangka menekankan lagi margin faedah bersih. - Gambar fail
Ahli Bersekutu, APAC Financial Institutions, Nancy Duan berkata bank-bank Malaysia berada di kedudukan kukuh berdasarkan kepada pinjaman tidak berbayar (NPL) serta Nisbah Common Equity Tier 1 (CET1) yang membandingkan modal bank berbanding asetnya.
Pada Disember 2019, Nisbah CET-1 bank-bank Malaysia kukuh pada 14 peratus manakala NPL kasar berada pada 1.5 peratus, terendah di rantau ini, katanya.
"Namun terdapat juga beberapa kelemahan dalam profil serta daripada pendapatan dengan pemampatan margin faedah bersih (NIM) konsisten dalam bank-bank Malaysia pada 5.0 hingga 10 mata asas setiap tahun dalam dekad lepas yang akan menjejaskan keupayaan pengekalan pendapatan bank-bank dalam menghadapi impak COVID-19.
"Margin faedah telahpun merosot negatif berbanding bank-bank serantau lain pada tahun-tahun lepas dan dijangka terus turun tahun ini, memandangkan penurunan kadar dasar semalaman oleh Bank Negara Malaysia tahun ini yang dijangka menekankan lagi NIM," katanya pada webinar bertajuk "COVID-19: How are Malaysian Banks Placed in A Turbulent 2020?" di sini, pada Rabu.
Beliau juga menjelaskan bahawa petunjuk ekonomi utama Malaysia juga menunjukkan risiko menurun di tengah-tengah krisis pandemik dengan kadar pengangguran dijangka menyusut daripada 3.3 peratus pada 2019 kepada 4.3 peratus tahun ini.
"Kadar pengangguran mempunyai kolerasi sangat tinggi dengan trend kualiti aset bank-bank Malaysia.
"Bank-bank Malaysia mempunyai perkadaran tinggi pendedahan isi rumah pada 58.2 peratus daripada pinjaman, oleh itu pemberhentian pekerja secara meluas akan membawa kolerasi tinggi ke atas kualiti bank," kata Duan.
Menurutnya, walaupun kos kredit dijangka meningkat kepada hampir 60 mata asas bank-bank Malaysia masih berada di kedudukan yang lebih baik berbanding bank-bank lain di rantau ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aset
#bank
#Bank Negara Malaysia
#ekonomi
#kadar dasar semalaman
#kos kredit
#kualiti aset bank
#Malaysia
#margin faedah bersih
#Nancy Duan
#NIM
#NPL
#pemberhentian pekerja
#pengangguran
#pinjaman tidak berbayar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan