KUALA LUMPUR: Banyak syarikat Belgium berminat membawa masuk lebih banyak teknologi hijau dan bersih ke Sarawak, kata Penasihat Ekonomi, Pelaburan & Perdagangan Flanders Investment and Trade (FIT) di Malaysia, Thomas Bernthaler.
Bernthaler berkata, FIT baru sahaja mengadakan seminar mengenai peluang melabur di Sarawak dan mendapat maklum balas positif syarikat-syarikat dari Belgium.
“Ini adalah salah satu perkara yang mereka sangat inginkan di sana. Jadi, kami pada asasnya memasarkan Malaysia sebagai destinasi pilihan.
“Kami akan mengadakan susulan untuk mendapatkan delegasi fizikal ke Sarawak,” katanya ketika ditemubual oleh DagangNews.com di sini hari ini.
Bernthaler yang telah menetap di sini lebih 15 tahun lalu berkata, FIT adalah seperti Matrade di Malaysia.
“FIT membantu syarikat dari Flanders yang merupakan sebuah negeri di Belgium untuk berkembang ke seberang laut termasuk menerokai rantau ASEAN.
''Kami membantu syarikat mengembangkan penjualan produk mereka ke luar negara atau mencari rakan kongsi atau menubuhkan ibu pejabat serantau,” katanya.
Oleh itu, Bernthaler menggesa pelabur asing terutama dari Eropah menggunakan Malaysia sebagai pintu masuk strategik untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran ASEAN.
''Malaysia ialah lokasi paling ideal untuk menubuhkan Ibu Pejabat Serantau atau hab pengedaran Serantau.
“Selain sebuah negara yang stabil dan mempunyai infrastruktur yang baik, Malaysia mempunyai pasaran kelas pertengahan serta mempunyai kuasa beli yang baik. Ini sudah tentu ini adalah tempat yang sesuai untuk menubuhkan ibu pejabat serantau atau hab pengedaran,” ujarnya.
Bernthaler berkata, selain mempunyai institusi mesra perniagaan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Malaysia mempunyai tenaga kerja mahir yang cekap dan fasih menguasai bahasa Inggeris.
Katanya, Malaysia mempunyai kesemua aspek yang diperlukan oleh pelaburnya untuk terus maju ke hadapan dan ini adalah antara faktor negara ini kekal sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan asing terutama dari Eropah.
“Infrastruktur pengangkutan udara dan laut serta keseluruhan logistik adalah baik. Dengan adanya pelabuhan yang baik untuk membawa masuk barang, pelabur boleh jadikan Malaysia hab pengedaran.
“Sebagai contoh, pelabur boleh gunakan Pelabuhan Kuantan yang merupakan sambungan hebat ke China, oleh mengedar barangan mereka ke negara itu, ujar Bernthaler.
Dengan iklim ekonomi dunia maju yang tidak menentu disebabkan pandemik COVID-19, para pelabur kini terpaksa mengalih perhatian mereka kepada negara ekonomi membangun bagi mengembangkan peluang perniagaan mereka.
Berikutan COVID-19, Bernthaler berkata ia telah menyukarkan kemasukan pelabur ke sini berbanding sebelum ini.
“Ia sudah tentu sangat ketara dalam dua tahun lepas di mana tidak ramai orang boleh datang tetapi kebanyakan syarikat Eropah melihat kepada pelaburan jangka panjang.
“Maksud saya perniagaan akan kembali rancak dan mereka sudah merancang untuk kembali ke sini,” kata Bernthaler.
Pada bulan September lepas, kami mempunyai delegasi 20 syarikat yang berkomunikasi secara maya dengan syarikat di Malaysia.
“Kami menganjurkan padanan perniagaan dalam talian lebih 90 syarikat Malaysia dengan syarikat Belgium dan minatnya sangat besar.
“Jelas sekali, semua orang mahu datang ke Asia. Masih ramai yang berminat untuk masuk ke pasaran dan mencari tempat yang stabil untuk menubuhkan ibu pejabat serantau mereka dan Malaysia sudah tentu negara yang stabil,” jelas beliau.
“Delegasi kami pada September tahun lepas sepatutnya berbentuk fizikal tetapi disebabkan COVID, kami tidak dapat membawa masuk 20 syarikat itu. Ini kerana ia melibatkan ramai orang dan banyak logistik. Akhirnya kami akan membawa masuk delegasi fizikal tahun ini.
Terdapat 150 syarikat dari Belgium beroperasi di sini yang mana 100 adalah dari Flanders. Antaranya ialah syarikat pengeluar makanan.
Pelabur terbesar dari Belgium ialah Barry Callebaut Group, pengeluar terkemuka dunia bagi produk coklat dan koko berkualiti tinggi.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Feb 04 2022

Bandar raya Kuching, Sarawak dari pandangan udara. - Gambar fail BERNAMA

Wabak cacar monyet di AS cecah 10,000 kes
Laporan CDC menunjukkan bahawa 1,391 kes cacar monyet yang disahkan dikesan pada Rabu.

Gerakan Muda GTA sedia beri saingan pada PRU15
Gerakan Muda GTA menyasarkan untuk bertanding di separuh daripada 120 kerusi pada PRU15.

AWANI Ringkas: Dewan Negara lulus 3 RUU | Isu LCS, tindakan susulan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.

KPDNHEP digesa ambil tindakan peniaga jual minyak masak melebihi harga siling
Tinjauan baru-baru ini menunjukkan segelintir peniaga masih melanggar arahan KPDNHEP.

Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bank ambil serius keselamatan data pemegang kad - Persatuan
Dua persatuan itu menjelaskan bank melakukan langkah balas keselamatan tambahan untuk melindungi pemegang kad.

Tawar wanita untuk dikahwini antara pendekatan tarik pembabitan anak muda dalam kumpulan radikal - GPM
Kebiasaanya anak muda yang sedang dalam proses mencari identiti lebih senang dipengaruhi oleh kumpulan tertentu yang sering memanipulasikan keadaan tersebut.

Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi diterbitkan hari ini
Inflasi telah mengurangkan kuasa beli kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40 serta mengubah corak perbelanjaan mereka bagi memastikan kelangsungan hidup, sekali gus mengurangkan saiz hidangan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4445/4460 berbanding dolar AS daripada 4.4545/4570 pada Rabu.

Warga emas OKU hilang, ditemukan mati di Sungai Sarawak
Misteri kehilangan warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) pada 9 Ogos lalu terjawab apabila mayatnya ditemui terapung di Sungai Sarawak berhampiran Kampung No. 6, Kuching pada Khamis.

Sarawak kekal untung hasil SST walau harga minyak mentah menurun - Abang Jo
Sarawak kekal untung hasil SST walau harga minyak mentah menurun - Abang Jo

Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak dilancar Sabtu ini
Majlis itu adalah kesinambungan kepada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 peringkat kebangsaan yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Julai.

Kertas Putih Kesihatan: Sarawak akan sediakan input - Timbalan Premier
Input berkenaan akan diperkemaskan dan memaklumkan kepada Primier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum dibentangkan kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Mayat kanak-kanak 12 tahun yang dikhuatiri lemas di Lawas ditemukan
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Sundar dekat Kampung Tanjung Katong, Lawas sejak tiga hari lalu ditemukan meninggal dunia pada Selasa.

Industri pelancongan Sarawak catat peningkatan lebih 800 peratus
Berbanding tempoh sama tahun lepas, nilai keseluruhan resit pelancongan di Sarawak mencatatkan peningkatan 856.95 peratus.

PM umum dua lagi projek mega buat Sarawak, pemangkin ekonomi di kawasan utara
Dua lagi projek mega diumumkan di Sarawak petang dengan fokus pada kali ini adalah untuk kawasan di utara negeri itu.

Sarawak hargai sedikit kebebasan, bincang masalah secara muhibbah - Abang Jo
Sarawak berharap sebarang perbezaan pendapat antara negeri itu dengan kerajaan Persekutuan dapat diselesaikan secara muhibbah dalam semangat kekeluargaan.

PKR lantik Pengerusi MPN untuk Sabah dan Sarawak
PKR hari ini mengumumkan pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah dan Sarawak bagi penggal 2022 hingga 2025.

RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri
Jelas Abang JohariSarawak sudah ada peruntukan dalam perlembagaan mengenai tindakan lompat parti namun tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.