Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar beri jaminan bahawa beliau dan pihak pengurusan akan memastikan pengurus dana terbesar negara itu dapat terus memberikan pulangan kompetitif dan mapan untuk tahun-tahun akan datang.
Menurut Abdul Wahid, bagi merealisasikan matlamat itu, PNB akan berusaha melaksanakan pelan strategik bagi tahun 2017 -2022 yang diumumkan pada 24 november lalu.
Abdul Wahid berkata demikian sebagai mengulas prestasi pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) tahun ini yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.
Beliau menjelaskan ketidaktentuan ekonomi dunia, pertumbuhan sederhana ekonomi negara dan penurunan harga minyak serta komoditi menyebabkan pasaran saham mengalami pulangan negatif sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Keadaan itu katanya sekali gus menjadi penyebab pulangan pelaburan, ASB menjadi lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Namun tegasnya pengagihan pulangan ASB tahun ini amat kompetitif berbanding pendapatan dari dividen pasaran saham yang masih memberikan pulangan negatif 1.7 peratus.
Antara pelan strategik PNB untuk tahun 2017 hingga 2022 ialah mengoptimumkan peruntukan aset strategik dan meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik pengurus dana terbesar negara itu.
Abdul Wahid pada masa sama turut berjanji akan memanfaatkan pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang korporat dan pentadbiran untuk PNB.
Ini termasuk pengalaman dalam menerajui tiga syarikat besar iaitu Kumpulan UEM, TM dan Maybank.
"Saya berjanji akan memanfaatkan pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang korporat dan pentadbiran untuk PNB. Ini termasuklah pengalaman dalam menerajui tiga syarikat besar iaitu Kumpulan UEM, TM dan Maybank.
“Saya, Datuk Rahman, barisan pengurusan dan seluruh warga PNB berjanji untuk membuat yang terbaik untuk PNB, para pelabur dan Negara," katanya.
ASB merupakan skim unit saham amanah terbesar pnb dengan jumlah unit 144 billion.
Rahimah Abdullah
Sat Dec 24 2016
Abdul Wahid janji manfaatkan pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang korporat dan pentadbiran untuk PNB. - Gambar fail
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Kecoh di pelamin, pengantin lelaki cerai isteri sejurus bergelar suami
Keluarga pengantin perempuan yang berada berhampiran tidak menerima tindakan lelaki itu lalu berlaku pertengkaran dan kekecohan.
Barisan pengurusan PNB akan buat yang terbaik untuk pelabur
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar beri jaminan bahawa beliau dan pihak pengurusan akan memastikan pengurus dana terbesar negara itu dapat terus memberikan pulangan kompetitif.