KUALA LUMPUR: Batik Air melancarkan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Istanbul, Turki, baru-baru ini.
Penerbangan OD723 yang dihiasi dengan corak khas Batik Air, berlepas dari Terminal 1 KLIA pada jam 3.50 petang.
Bagi memperingati istimewa itu, penumpang yang menaiki penerbangan sulung tersebut diberikan token penghargaan untuk perjalanan yang akan datang.
Pengarah Strategi Kumpulan Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, pihaknya gembira untuk mengumumkan bahawa penerbangan sulung ke Istanbul beroperasi pada kapasiti penuh.
"Penerbangan ini bukan sahaja mengeratkan ikatan antara Malaysia dan Turki tetapi juga menandakan peristiwa penting dalam perjalanan Batik Air ke arah menghubungkan manusia dan budaya merentasi sempadan.
"Dengan pengenalan laluan baharu ini, kami berbangga dapat menyediakan penumpang meningkatkan pilihan untuk perjalanan antara Kuala Lumpur dan Istanbul dan dengan mengalu-alukan lebih ramai pelancong menaiki pesawat," katanya dalam kenyataan media di sini.
Majlis pelepasan itu turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri dan pegawai kanan dari Malaysia Airports (MAHB), yang menggariskan usaha kerjasama antara Batik Air dan KLIA dalam menjayakan penerbangan itu julung kali ini.
King Sing berkata, dari Januari hingga November 2023, Malaysia mengalu-alukan 15,623 ketibaan dari Turki, sebuah pertumbuhan positif sebanyak 10.8% berbanding tempoh yang sama pada 2019 dengan 14,096 ketibaan.
"Secara rasmi melepasi penanda aras prapandemiknya, Tourism Malaysia berazam untuk memupuk lebih banyak perkongsian pintar dan kerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa untuk mencipta permintaan perjalanan daripada Turki," katanya.
Menurut syarikat penerbangan itu, ia adalah penerbangan terpanjang yang dikendalikan Batik Air ke persimpangan Asia dan Eropah melalui pesawat A330-300.
Katanya, masa penerbangan ialah 11 jam dan 55 minit ke Istanbul dan 10 jam dan 50 minit untuk perjalanan balik.
"Penumpang boleh menikmati hidangan percuma yang lazat yang disediakan Batik Air's Inflight Kitchen, bersama-sama dengan minuman semasa penerbangan. Bagi mereka yang inginkan makanan tambahan dan minuman, ia boleh dibeli di atas kapal semasa penerbangan," katanya.
Selain itu katanya, Batik Air menawarkan elaun bagasi sekurang-kurangnya 20 kilogram (kg) untuk kelas ekonomi dan sekurang-kurangnya 30 kg untuk kelas perniagaan. - Dagang News
Dagang News
Tue Feb 13 2024
Masa penerbangan bagi laluan KL-Istanbul ialah 11 jam dan 55 minit ke Istanbul dan 10 jam dan 50 minit untuk perjalanan balik. - Gambar/ Dagang News
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Laluan baharu Batik Air ke Kota Bharu rancakkan pelancongan, ekonomi Kelantan
Sebelum ini, Subang SkyPark tidak melakukan penerbangan terus ke LTSIP dan hanya mempunyai laluan dari KLIA ke Kota Bharu.
Batik Air ke Timor Leste menjelang suku pertama 2025 - Duta
Batik Air menjadi syarikat penerbangan pertama Malaysia menawarkan perkhidmatan pergi balik antara ibu negara Timor-Leste, Dili dengan Kuala Lumpur.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
Batik Air lancar laluan baharu Pulau Pinang-Jakarta Oktober ini
Batik Air akan melancarkan laluan baharu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia bermula 1 Okt ini.
Lebihkan penawaran untuk kawal harga penerbangan - Anthony Loke
Syarikat penerbangan tempatan boleh mengambil contoh dilakukan Batik Air yang menambah 20 lagi pesawat kepada rangkaian sedia ada untuk meningkatkan kekerapan penerbangan.
Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum
ATSB telah membuka siasatan terhadap pesawat Boeing 737-800 Batik Air Indonesia yang disyaki terbang di bawah altitud minimum.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Standard KLIA diharap lebih tinggi seiring kenaikan caj lapangan terbang - Batik Air
Batik Air menyokong semakan PSC, yang dilihat sebagai pelaburan penting diperlukan.
Tiket dibeli sebelum tarikh semakan semula PSC akan berasaskan kepada kadar semasa - Batik Air
Batik Air memberi jaminan kepada penumpangnya bahawa tiket yang dikeluarkan sebelum semakan semula PSC yang berkuat kuasa pada 1 Jun, 2024, adalah berdasarkan kepada kadar PSC semasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.