KUALA LUMPUR: Bayaran balik pinjaman isi rumah dalam sistem perbankan mencecah 93 peratus pada separuh kedua 2020 daripada tahap yang dilihat dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya (tidak termasuk kad kredit), menunjukkan kebanyakan peminjam telah menyambung semula bayaran balik pinjaman, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Bagaimanapun BNM berkata, seperti yang dinyatakan dalam penerbitan lepas, golongan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan terus berdepan kesukaran kewangan dengan penampan kewangan yang rendah dan leveraj yang ketara lebih tinggi.
Menurut laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan-Separuh Kedua 2020 yang dikeluarkan BNM pada Rabu, peminjam berpendapatan kurang RM5,000 sebulan turut menunjukkan beberapa tanda tekanan kewangan seperti yang dilihat daripada profil isi rumah yang mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman.
"Para peminjam ini berkemungkinan berdepan dengan cabaran yang berterusan pada 2021 memandangkan pemulihan yang tidak sekata dalam pasaran pekerja.
"Bagaimanapun, bank-bank kekal berdaya tahan terhadap risiko daripada sektor isi rumah, walaupun di bawah senario pengangguran dan guna tenaga tidak penuh yang dijangka lebih tinggi, yang menjejaskan lebih ramai peminjam isi rumah," kata BNM.
Menurutnya program bantuan bayaran balik pinjaman oleh institusi perbankan dan langkah bantuan kerajaan terus memberikan sokongan kepada isi rumah yang menghadapi kesukaran, lantas memudahkan aliran tunai mereka sementara mereka pulih daripada kejutan pendapatan dan menghindarkan kerosakan yang lebih teruk terhadap sistem kewangan dan ekonomi.
Menurut laporan itu, keupayaan institusi perbankan menawarkan bantuan kepada isi rumah pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini adalah disebabkan pembentukan penampan yang berhemat semasa ekonomi dalam keadaan baik.
Berikutan berakhirnya moratorium bayaran balik pinjaman secara automatik, bank-bank terus menawarkan bantuan yang lebih bersasar kepada mereka yang memerlukan.
Pada Disember 2020, pinjaman isi rumah yang termasuk di bawah pelan bantuan bayaran balik pinjaman berjumlah 8.9 peratus daripada jumlah akaun pinjaman isi rumah atau 11.1 peratus daripada dedahan pinjaman isi rumah terkumpul.
Daripada akaun ini, sebanyak 59 peratus berada di bawah moratorium pinjaman dengan 54 peratus daripadanya terdiri daripada peminjam berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.
Walaupun bantuan bayaran balik pinjaman menyokong keupayaan peminjam untuk membayar balik hutang buat sementara waktu, pemulihan pendapatan dan penyambungan semula kegiatan ekonomi yang lebih meluas akan menjadi keutamaan supaya peminjam yang berdepan kesukaran kewangan dapatmengekalkan keupayaan membayar balik hutang mereka dalam tempoh jangka panjang.
Dengan langkah-langkah Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar yang masih diteruskan, pinjaman terjejas dan delinkuen isi rumah dalam sistem perbankan hanya meningkat sedikit setelah berakhirnya moratorium pinjaman automatik secara menyeluruh.
Bank-bank terus giat berbincang dengan para peminjam terutamanya mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan lebih rendah dan sektor pekerjaan yang lebih terjejas seperti hotel, restoran, pengangkutan dan pembinaan untuk memberikan bantuan bayaran balik pinjaman yang sejajar dengan keadaan kewangan peminjam.
Kualiti aset isi rumah dijangka terus menghadapi kemerosotan sepanjang 2021, namun kerugian kredit yang berlaku diunjurkan masih berada dalam lingkungan penampan bank, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021
Berikutan berakhirnya moratorium bayaran balik pinjaman secara automatik, bank-bank terus menawarkan bantuan yang lebih bersasar kepada mereka yang memerlukan. - Gambar fail/ Reuters
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.
Tindakan secara kolektif diperlukan untuk lindungi ringgit - Bank Negara
Tindakan secara kolektif amat diperlukan untuk melindungi mata wang tempatan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Malaysia tidak akan berdepan krisis imbangan pembayaran - Timbalan Gabenor BNM
Malaysia tidak akan menghadapi krisis imbangan pembayaran (BOP) kerana negara sentiasa mencatatkan lebihan akaun semasa secara konsisten, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzuni
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh - Bank Negara
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh pada separuh kedua tahun 2023.
Bank Negara fokus tingkatkan kekukuhan ekosistem kewangan Islam tahun ini
Bank Negara Malaysia menjadikan 2024 sebagai keutamaan untuk meningkatkan kekukuhan ekosistem kewangan Islam Malaysia.
Malaysia dijangka catat KDNK 4-5 peratus pada 2024 - Bank Negara
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2024.