awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran dividen minimum 2.5 peratus antara cadangan pindaan Akta KWSP 1991

Bernama
Bernama
20/10/2015
00:04 MYT
Bayaran dividen minimum 2.5 peratus antara cadangan pindaan Akta KWSP 1991
Pembayaran dividen tidak kurang 2.5% antara cadangan pindaan Akta KWSP 1991 bagi ahli yang tidak memilih akaunnya diurus mengikut Syariah.
Pembayaran dividen tidak kurang daripada 2.5 peratus setahun antara cadangan pindaan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, bagi ahli yang tidak memilih untuk akaunnya diuruskan mengikut Syariah.
Ia juga bagi ahli yang telah memilih akaun diurus mengikut Syariah tetapi pemilihan itu belum berkuat kuasa.
Cadangan ini dibuat dalam pindaan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Isnin.
Mengikut rang undang-undang tersebut, caruman yang dibuat oleh ahli yang memilih untuk akaunnya diuruskan mengikut Syariah, lembaga akan mengisytiharkan sebarang kadar dividen mengikut prestasi sebenar pelaburan yang dibuat oleh lembaga berhubung dengan akaun itu.
Rang undang-undang juga bertujuan untuk membolehkan lembaga melabur wang milik dana dengan mendepositkan wang dalam bank atau bank pelaburan yang dilesenkan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 merupakan bank Islam berlesen sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 atau institusi kewangan pembangunan dikawal selia di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.
Rang undang-undang juga bertujuan untuk membolehkan lembaga melabur wang kepunyaan dana dalam saham yang ditawarkan menurut suatu tawaran awam awal yang telah diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 atau saham disenaraikan di bursa saham yang telah diluluskan di bawah Akta 671.
Rang undang-undang itu juga bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Jawatankuasa Penasihat Syariah yang menjadi pihak berkuasa bagi penentuan perkara Syariah.
Topic Berkaitan
#Akta KWSP
#bayaran dividen
#KWSP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan