awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BDB jangka Langkawi Premium Outlet siap Oktober ini

Bernama
Bernama
29/06/2022
01:00 MYT
BDB jangka Langkawi Premium Outlet siap Oktober ini
BDB menjangkakan projek fasa satu Langkawi Premium Outlet (LPO) akan siap pada hujung Oktober tahun ini. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bina Darulaman Bhd (BDB) menjangkakan projek fasa satu Langkawi Premium Outlet (LPO) akan siap pada hujung Oktober tahun ini.
Pengerusi Eksekutif BDB Che Had Dhali berkata tahap persiapan projek tersebut telah mencapai 95 peratus.
"Saya sangat gembira mengenai pembukaan projek ini serta 36 daripada 38 unit LPO ini telah berjaya disewakan kepada usahawan tempatan, ini adalah perkembangan baik buat BDB," katanya ketika membuat lawatan kerja di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini.
Dalam masa sama, beliau berkata fasa kedua projek berkenaan dijangka siap pada 2024 merangkumi keluasan secara keseluruhan 17.40 hektar.
"Sekarang ini kami menggunakan lebih 10 peratus keluasan tanah tersebut untuk menempatkan 38 unit kedai atau outlet selain surau, tempat rehat, ruang legar dan sebagainya," katanya.
September tahun lalu, Bernama melaporkan BDB mengumumkan syarikat usaha sama dengan Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI), BDBMBI Langkawi Ventures Sdn Bhd bakal membangunkan projek komersial bersepadu 'Premium Outlet' yang meliputi ruang perniagaan, makanan dan minuman serta kemudahan rekreasi di Langkawi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim berkata projek dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) itu akan dibangunkan di Padang Matsirat, bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Sementara itu, Che Had mengharapkan hasil lawatan kerja ke Bernama dapat merangka kerjasama dan hubungan baik antara pihaknya bersama media.
"Melalui media ini, kami mempunyai sasaran untuk meningkatkan jenama BDB sendiri," katanya sambil menambah BDB juga banyak menganjurkan program melibatkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu usahasama rapat BDB dengan masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Langkawi Premium Outlet
#Langkawi
#bdb
#LPO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan