awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BDB Land tandatangani perjanjian pembiayaan RM280 juta

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
13/08/2015
09:48 MYT
BDB Land tandatangani perjanjian pembiayaan RM280 juta
Perjanjian pembiayaan itu disaksikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. - Foto AWANI
Syarikat pembangunan hartanah BDB Land Sdn Bhd (BDB Land) iaitu anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB) hari ini menandatangani perjanjian pembiayaan bernilai RM280 juta dengan Malayan Banking Berhad (Maybank).
Daripada jumlah itu, RM230 juta adalah untuk Kemudahan Pinjaman Pembiayaan manakala RM50 juta lagi merupakan Cash Line-i.
Kemudahan Pinjaman Pembiayaan adalah untuk kos pembinaan dan perbelanjaan pembangunan semula Bandar Darulaman di Jitra, Kedah.
Dalam pada itu, BDB Infra Sdn Bhd yang juga merupakan anak syarikat BDB menandatangani perjanjian bernilai RM40.4 juta dengan OCBC Al-Amin Bank Berhad.
Perjanjian itu adalah Kemudahan Kewangan Islam bagi membiayai fasiliti loji bancuhan dan kuari di Sungai Ular, Kulim dan projek penyelenggaraan jalan raya negeri.
Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Datuk Izham Yusoff menyifatkan kemudahan pinjaman pembiayaan dengan Maybank itu satu bentuk hubungan kerjasama baik antara syarikat hartanah terkemuka di utara Semenanjung dengan institusi kewangan terbesar di negara ini.
Majlis menandatangani perjanjian pembiayaan itu disaksikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Topic Berkaitan
#bdb
#BDB Land
#cash line-i
#Maybank
#perjanjian pembiayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan