BISNES
Bebiri Fest 2025: Karnival perkasa pawah moden, tarik minat penternak
(Dari kiri) Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh dan Abdullah Muhammad Tajuddin ketika perasmian Karnival Bebiri Fest 2025. - Foto Bebiri World
MUAR: Dalam era serba moden, industri ternakan turut mendapat manfaat daripada pelbagai sistem inovatif termasuk pawah moden.
Ringkasan AI
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bebiri World, Abdullah Muhammad Tajuddin, menerusi Karnival Bebiri Fest 2025 orang ramai berpeluang melihat dengan lebih dekat proses di sebalik kandang ternakan.
Jelasnya lagi, inisiatif itu diperkenalkan sempena pemilihan induk baharu bagi pengambilan Julai dan Ogos untuk program ternakan pawah moden.
“Bebiri world tertubuh untuk membantu golongan bandar dan penternak yang ingin melibatkan diri dalam dunia penternakan tetapi tiada pengalaman, tanah, kandang dan menghadapi kekangan masa jadi mereka boleh menternak dengan kami yang menyediakan sistem pawah moden.
“Karnival Bebiri Fest 2025 ini adalah bertujuan menggalakkan orang ramai datang untuk mengalami sendiri pengalaman seakan-akan “Open Day” (Hari Terbuka) bagi mereka lihat sendiri proses di sebalik kandang kerana kebanyakan penternak kami orang bandar.
“Ada yang berhadapan kekangan masa, jadi bila datang sini, dapat tengok sendiri ternakan masing-masing,” katanya ketika ditemui di Karnival Bebiri Fest 2025 di Kompleks Penternakan Moden Bebiri World, di sini, pada Ahad.
Salah satu sistem unik yang dikelola Bebiri World ialah Smart Breeding di mana penternak berpeluang untuk menjana pendapatan berulang dengan menyertai program pembiakan atau menjual baka jantan yang dihasilkan sendiri. Semua proses dipantau secara sistematik pasukan Hal Ehwal Ternakan (HET) selain sistem digital yang sedang dibangunkan untuk memudahkan akses data bagi setiap penternak.
Bebiri World kini menawarkan tiga pakej utama untuk ternakan, iaitu Pakej Al-Kharuf, Pakej Al-Kabsy, dan Pakej Al-Kabsy Plus++. Pakej-pakej ini bukan sahaja sesuai untuk penternak pemula, tetapi juga bagi pelabur berpengalaman yang ingin mengembangkan lagi portfolio aset agro.
“Konsep smart breeding ni adalah pawah moden lah maksudnya contoh kalau penternak ingin menternak tetapi tak ada kandang jadi kami akan jagakan ternakan daripada awal hingga mencecah usia yang sesuai untuk jualan.
“Dengan adanya pakej seperti Pakej Al-Kabsy Plus, Pakej Al-kabsy dan Pakej Al-Kharuf penternak hanya perlu membeli pakej dan kemudian memilih induk betina di mana induk betina itu akan melahirkan beberapa ekor anak mengikut pakej yang kita sediakan.
“Dengan anak yang lahir itu, penternak akan terima setiap tahun maksudnya katakanlah tahun ini lahir seekor, yang lahir tahun ini akan diterima tahun depan,” tambahnya.
Selain itu, syarikat bumiputera sepenuhnya yang ditubuhkan pada 20 Disember 2021 ini juga mengangkat visi untuk memodenkan industri ternakan biri-biri di Malaysia melalui konsep pawah moden selain membuka peluang kepada individu tanpa tanah, kandang, atau pengalaman untuk memiliki ternakan premium seperti Santa Ines dan Blackhead Dorper.
Menerusi Karnival Bebiri Fest 2025, pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk pemilihan induk biri biri, pameran haiwan ternakan, pertandingan memancing, pertandingan makan durian, pemeriksaan kesihatan percuma dan Horse Joy Ride.
Malah, pengunjung bertuah juga berpeluang memenangi sebuah Skuter Benelli Panarea 125 menerusi cabutan bertuah dengan pembelian pakej ternakan.
Karnival dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh diikuti kehadiran Adun Bukit Naning, Datuk Mohd Fuad Tukirin.
Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung Karnival Bebiri Fest 2025 dan Bebiri World, layari laman web rasmi bebiriworld.com atau media sosial @bebiriworld.
Ringkasan AI
- Dalam era serba moden, industri ternakan turut mendapat manfaat daripada pelbagai sistem inovatif termasuk pawah moden. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bebiri World, Abdullah Muhammad Tajuddin, menerusi Karnival Bebiri Fest 2025 orang ramai berpeluang melihat dengan lebih dekat proses di sebalik kandang ternakan. Jelasnya lagi, inisiatif itu diperkenalkan sempena pemilihan induk baharu bagi pengambilan Julai dan Ogos untuk program ternakan pawah moden.