BISNES
Bekas ketua EON, Teyssen dilantik ketuai lembaga penyeliaan Lufthansa
Teyssen (gambar) menggantikan Karl-Ludwig Kley, yang memegang jawatan pengerusi sejak 2017. - Gambar fail/Reuters
FRANKFURT: Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa pada Selasa mengumumkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat utiliti tenaga EON, Johannes Teyssen bakal mengetuai lembaga penyeliaan syarikat itu mulai tahun depan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Teyssen akan dicalonkan untuk pemilihan ke lembaga penyeliaan sempena mesyuarat agung tahunan Lufthansa pada 12 Mei tahun depan, sebelum dipilih secara rasmi sebagai pengerusi lembaga itu.
Beliau akan menggantikan Karl-Ludwig Kley, yang mengetuai lembaga penyeliaan syarikat penerbangan terbesar Eropah itu sejak 2017.
Kley, yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai kewangan Lufthansa dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Merck di Darmstadt akan berundur daripada lembaga penyeliaan Lufthansa pada 2026 apabila penggalnya tamat selepas 13 tahun, termasuk lapan tahun sebagai pengerusi.
Kley sebelum ini juga merupakan pengerusi lembaga penyeliaan EON sehingga 2023, dan mengenali Teyssen melalui kerjasama mereka di syarikat tenaga itu.
Pencarian calon pengerusi baharu lembaga penyeliaan Lufthansa mengambil masa yang lama selepas bekas CEO Airbus, Tom Enders, yang pada awalnya dilihat sebagai pengganti pilihan Kley, meletakkan jawatan lebih awal pada mesyuarat agung tahunan Lufthansa Mei lalu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Johannes Teyssen bakal mengetuai lembaga penyeliaan Lufthansa mulai 2026, selepas dicalonkan untuk pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahunan syarikat itu pada 12 Mei 2025.
- Teyssen menggantikan Karl-Ludwig Kley, yang memegang jawatan pengerusi sejak 2017 dan akan berundur selepas penggalnya tamat pada 2026.
- Proses pemilihan pengerusi baharu mengambil masa panjang selepas calon awal, bekas CEO Airbus Tom Enders, menarik diri pada mesyuarat agung Mei lalu.