Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) menjangkakan Belanjawan 2019 akan memberi tumpuan kepada penstrukturan semula dasar sosioekonomi dan kewangan negara selain perlu bersifat kukuh dengan pengembangan secara sederhana.
Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam ASLI, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, belanjawan tahun depan itu juga perlu dirangka agar dapat memenuhi keperluan asas masyarakat manakala dasarnya berteraskan keperluan dan bukannya bangsa.
"Belanjawan 2019 perlu (menyumbang kepada) kekukuhan dan diharapkan bukan sebaliknya kerana keadaan ekonomi kita yang perlahan. Namun pada masa sama, belanjawan itu juga tidak boleh bersifat terlalu mengembang. Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa Belanjawan 2019 itu adalah seimbang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Selain itu, Navaratnam yang juga pakar ekonomi, juga menggesa agar saranan oleh Majlis Penasihat Kerajaan yang telah diserahkan kepada kerajaan, didedahkan kepada umum selain turut dimasukkan ke dalam cadangan bajet yang bersesuaian.
Mengulas Dasar Ekonomi Baharu, beliau berpendapat selain sudah menepati matlamatnya, ia juga perlu dirombak sebagai dasar yang dapat diterima dan adil kepada semua rakyat.
Ini kerana, katanya, sebarang langkah yang membabitkan perlindungan ketara akan mengurangkan kecekapan, menggalakkan elemen tidak sihat selain boleh menjejaskan perpaduan negara.
Navaratnam turut menggesa kerajaan untuk bertindak mengukuhkan ringgit dan imbangan pembayaran selain melaksanakan langkah bagi mengurangkan aliran keluar modal demi kemajuan negara ini.
"Kita perlu memanfaatkan Bajet 2019 supaya ia berbeza daripada rejim pemerintahan terdahulu. Pada masa sama, aspek penyusunan semula ekonomi perlu dilakukan bagi menjadikannya lebih kompetitif dan adil untuk semua rakyat," katanya.
Bernama
Fri Oct 26 2018
Navaratnam turut menggesa kerajaan untuk bertindak mengukuhkan ringgit dan imbangan pembayaran selain melaksanakan langkah bagi mengurangkan aliran keluar modal demi kemajuan negara ini. - Gambar fail
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
KPDNHEP tahan wanita jual produk tiruan dengan harga tinggi
Pemilik premis yang berusia 24 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis sekitar Wakaf Tengah kira-kira jam 10.30 pagi Rabu.
Polis siasat insiden 11 gereja dibakar
Selain itu beberapa helikopter yang diletakkan berhampiran gereja turut musnah dibakar dipercayai akibat perbuatan khianat.
Ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada separuh kedua 2016 - ASLI
Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan meningkatkan keyakinan perniagaan dan menggalakkan pertumbuhan pinjaman lebih pantas.
1MDB: Saya akan beri sepenuh kerjasama kepada PAC - Lodin
Syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan memberi sepenuh kerjasama kepada prosiding siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang akan bermula 19 Mei ini.
PAC perlu libat wakil antarabangsa dalam siasatan 1MDB - Ramon
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dinasihat untuk menggunakan pakar antarabangsa sebagai rujukan dalam prosiding siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 19 Mei ini.
ASEAN perlu beri fokus terhadap '4I' - Michael Yeoh
ASEAN perlu memberi fokus terhadap '4I' - infrastruktur, inovasi, pembangunan inklusif dan pelaburan - sebagai pemacu utama kemakmurannya pada masa akan datang, kata Tan Sri Michael Yeoh.
Henti beri lesen pembalakan untuk 25 tahun - Ibrahim Ali
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini menyarankan agar pemberian lesen pembalakan dihentikan sekurang-kurangnya 25 tahun bagi mengelak banjir besar berulang.
Projek pembangunan luar bandar dilaksana secara holistik - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua projek pembangunan luar bandar akan dilaksanakan secara holistik untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar.
Kerajaan kekal komited terhadap falsafah 1Malaysia - Najib
Najib beri jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan kekal komited terhadap falsafah 1Malaysia dan akan memastikan setiap warganegara ada tempat di bumi Malaysia.