PETALING JAYA:Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat baru-baru ini bukan sahaja berbentuk menyeluruh, malah turut menyediakan ‘bahagian’ untuk golongan berpendapatan sederhana (M40).
Perkara itu jelas membuktikan keprihatinan kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat tanpa mengira lapisan masyarakat selari dengan tema Belanjawan iaitu Teguh Kita, Menang Bersama.
Menurut Pengarah Double HH Global Services, Hamyddin Hamdan, 32, pelbagai inisiatif diperkenalkan Belanjawan 2021 kepada golongan usahawan sepertinya termasuk menerusi program moratorium, subsidi upah dan potongan cukai.
“Alhamdulillah... Banyak inisiatif diperkenalkan kerajaan dalam belanjawan tahun depan dan ia benar-benar beri manfaat kepada semua golongan termasuk M40.
“Antara inisiatif kepada golongan M40 termasuk program moratorium kerana ia benar-benar membantu kami bukan sahaja secara peribadi, malah kepada pengurusan syarikat yang saya miliki.
“Ini kerana, dengan adanya aliran tunai hasil daripada penangguhan bayaran komitmen seperti pinjaman, kita boleh gunakannya untuk kelangsungan perniagaan khususnya pembayaran gaji kepada 15 kakitangan dalam syarikat saya," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini pada Isnin.
BACA: Belanjawan 2021: Golongan M40 tidak dipinggir - Tengku Zafrul
BACA: Belanjawan 2021: Usahawan sambut baik lanjutan program subsidi upah
BACA: 8 salah tanggapan mengenai Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, ini penjelasan BNM
Selain itu, Hamyddin berkata, program Subsidi Upah 2.0 turut membantu syarikat yang terjejas susulan pandemik COVID-19.
"Perkara itu amat memberi kemudahan kepada kami, malah ia benar-benar berkesan khususnya dalam memastikan semua pihak kekal dengan pekerjaan masing-masing ketika dunia berdepan dengan krisis ekonomi pandemik.
"Selain itu, program itu juga dapat meringankan beban kami untuk membayar gaji semua kakitangan dan tidak perlu memotong gaji mereka meskipun pendapatan syarikat terjejas," katanya lagi.
Fauzi Suhaimi
Mon Nov 16 2020

Menurut Hamyddin, pelbagai inisiatif diberikan kepada golongan sepertinya dan dapat dimanfaatkan termasuk program moratorium, subsidi upah dan potongan cukai. - Gambar fail

Gagal Rayuan | Kalwant Singh jalani hukuman mati Khamis
Mahkamah Rayuan Singapura hari ini menolak rayuan terakhir warga Malaysia, Kalwant Singh, sekali gus menyebabkan beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati seperti dijadualkan pada Khamis. Perkara itu disahkan peguamnya, Too Xing Ji. Kalwant, 32 tahun dijatuhkan hukuman mati pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Mahkamah | Pengeluaran RM1 juta arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
Seorang saksi dalam perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu bahawa pengeluaran wang RM1 juta adalah atas arahan Ahli Parlimen Muar dan tidak mengikut prosedur. Bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Rafiq Hakim Razali, 32, berkata, pengeluaran wang daripada akaun Armada itu adalah salah kerana tiada kertas kerja dikemukakan untuk membolehkan wang itu dikeluarkan daripada bank pada 6 Mac 2020.

Kes SRC | Permohonan Peguam Diraja UK wakili Najib diputuskan 21 Julai
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada 21 Julai sama ada Peguam Diraja (QC) dibenarkan mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan akhirnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd. Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan bekas perdana menteri itu untuk membolehkan Jonathan Laidlaw dari United Kingdom mewakili beliau.

Banjir Baling | Buat kandungan media sosial, polis boleh kenakan tindakan
Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang berlegar-legar di kawasan banjir di Baling semata-mata untuk membuat kandungan media sosial. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, tindakan boleh dikenakan kerana tindakan mereka menghalang tugas penjawat awam.

Gangguan Bekalan Air | Penduduk Pulau Pinang buat pembelian panik air mineral
Penduduk Pulau Pinang menyerbu kedai dan pasar raya bagi mendapatkan stok air mineral selepas mengalami gangguan bekalan air pada Rabu. Bekalan air di seluruh negeri itu terputus selama empat jam menyebabkan penduduk panik dan bertindak membeli air minuman dalam kuantiti yang banyak.

Pasukan Khas Jihad | Isu bekalan minyak masak, ayam, telur dibentang pada Khamis
Laporan terkini berhubung kedudukan bekalan minyak masak paket satu kilogram, ayam dan telur dalam pasaran akan dibentangkan dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada Khamis. Ia akan dibentangkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

10 Berita Pilihan - (06 Julai 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

KBS salur hampir RM60 juta bagi pembangunan fasiliti sukan di Pahang
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan hampir RM60 juta sehingga kini bagi kerja-kerja menyelenggara dan membangunkan fasiliti sukan di Pahang.

Lelaki maut terkena tembakan senapang patah dibawa rakan
Seorang lelaki tempatan maut dipercayai terkena tembakan daripada selaras senapang patah yang dibawa rakannya di kebun durian berhampiran Sungai Gabai di Hulu Langat, pagi tadi.

Isu bekalan minyak masak, ayam, telur dibentang dalam mesyuarat esok
Laporan terkini berhubung kedudukan bekalan minyak masak dalam paket satu kilogram, ayam dan telur dalam pasaran akan dibentangkan dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi esok.

COVID-19: Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Kesemua penduduk di sembilan daripada 16 daerah di bandar itu perlu melakukan ujian saringan dua kali iaitu pada Selasa dan Khamis.

COVID-19: Subvarian Omicron BA.4, BA.5 kian menular di AS
Kedua-dua subvarian Omicron itu membentuk 70.1 peratus daripada varian koronavirus di negara itu setakat 2 Julai.

COVID-19: 2,932 kes baharu, tiga kematian direkod
Kes baharu meningkat sebanyak 2,932 kes dengan dua daripadanya merupakan kes import.

COVID-19: Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin kepada pengembara
Butiran dan kaedah kemasukan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan.

COVID-19: Tuntutan palsu lebih 500 juta baht dibuat sejak pandemik
Kebanyakan tuntutan palsu dibuat di bawah skim "Jer Jai Jop" bermaksud "dibayar apabila dijangkiti", iaitu pesakit COVID-19 akan menerima bayaran pada kadar segera selepas dijangkiti.

COVID-19: Peru kuatkuasakan semula pemakaian pelitup muka
Keputusan itu dibuat kerana peningkatan jangkitan telah melebihi lima peratus.

COVID-19: 1,918 kes baharu, lapan kematian direkod
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,784 kes.

Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin jadi dominan di Thailand
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 menyumbang 50 peratus kadar jangkitan COVID-19 pada minggu lepas dan ia dijangka menjadi dominan di Thailand tidak lama lagi.

Presiden Singapura positif COVID-19
Presiden Singapura Halimah Yacob hari ini disahkan positif COVID-19 dengan mengalami gejala ringan.

Ekonomi ASEAN diunjur tumbuh 4.9 peratus tahun ini
Keberkesanan program vaksinasi membolehkan pembukaan semula negara-negara anggota kesatuan terbabit, sekali gus mempercepat aktiviti ekonomi dan menyokong pemulihan pasaran pekerjaan.